{ ermilia } Menu
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

GLA Kompleks Membantu Kehamilan?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.


“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya"

gla membantu kehamilan


Oleh itu sangat penting bagi seseorang wanita yang mengalami masalah kelewatan datang haid atau tidak datang haid untuk membuat ultrasound scanning - ianya penting bagi mengesan cyst atau ketumbuhan yang merbahaya yang mugkin boleh berlaku.

Jika tidak mempunyai sebarang penyakit, syukur Alhamdulillah..Apa yang  anda perlu lakukan adalah dengan menjaga corak pemakanan anda, memastikan rehat yang secukupnya serta mengambil suplement untuk membantu menstabilkan hormon dalam tubuh badan anda.

Dengan itu anda seharusnya mencuba GLA SHAKLEE. InsyaAllah..pengambilan GLA Shaklee yang konsisten mampu membantu menstabilkan hormon wanita disamping melegakan kesakitan yang sering berlaku sebelum atau ketika haid.



Bagaimana GLA membantu anda untuk cepat hamil?

GLA mampu menurunkan kolesterol dan membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.

Bagaimana GLA membantu merawat PMS (senggugut)?

Apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, simptom ini berlaku akibat kekurangan GLA (Gama Linolenic Acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi kekurangan GLA itu tadi, pengambilan GLA complex adalah sangat diperlukan.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Biasanya sekali dalam tempoh sebulan seseorang  wanita akan menghasilkan cecair yang sebegitu menunjukkan waktu subur. Namun tak semua cecair yang dihasilkan "subur".



Disinilah fungsi GLA membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan dan seterusnya dapat membantu sperma untuk berenang ke uterus, dan menuju ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam falopio selama 5 hari. 

Jadi kepada puan-puan yang masih belum dikurniakan anak, cubalah periksa cecair serviks anda. Sekiranya anda dapati cecair itu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan. Kesimpulannya sangat penting untuk megetahui dan mengenali "cecair kesuburan" ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagi yang dah subur bila ambil GLA adakah ertambah-tambah subur? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, untuk yang dah sememangnya subur, tak la bertelur sampai 2 hingga 3 kali ye..

Jom share testimoni daripada customer kami..

Testimoni 1



Testimoni 2

Best kan mommies..Sesungguhnya kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segala-galanya, yang penting kita sebagai hamba-Nya jangan cepat berputus asa.

7 Sebab Mengapa Ujian Kehamilan Positif Tetapi Anda Tidak Hamil

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil.

Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil.

Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;


ujian kehamilan


1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat.

Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat

Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal.

Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.

Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.

Punca Kandungan Besar

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:



kandungan besarBerat bayi yang melebihi 4.5 kg dianggap sebagai besar berbanding purata saiz normal iaitu 3.4 kg. Apakah impaknya pada kelahiran?

Adalah sukar untuk menentukan sama ada kandungan anda benar-benar besar atau turut dikenali sebagai macrosomic ketikah bayi masih berada didalam rahim. Hanya setelah bayi dilahirkan barulah berat badan sebenarnya dapat diputuskan. Walaubagaimanapun doctor berupaya untuk mengagak kandungan anda berkemungkinan  besar dengan menjalankan ujian ultrabunyi. Apatahlagi, kajian menunjukkan bahawa 5 hingga 10 peratus kandungan didapati bersaiz besar setelah ujian berkenaan dilakukan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah bayi besar. Salah satunya ialah faktor genetic contohnya jika anda dilahirkan sebagai bayi bersaiz besar, maka bayi yang dikandung pun berisiko bersaiz besar. Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetis sedia ada atau pun diabetis ketika hamil merupakan antara punca kepada masalah yang berlaku.

Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko bayi besar dipercayai turut berpunca daripada etnik dimana wanita yang berdarah sepanyol lebih berisiko tinggi. Antara lain termasuklah obesity, indeks jisim badan (BMI) yang tinggi diawal kehamilan, kenaikan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil dan terlebih hari lebih daripada minggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Tidak terkecuali jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding saiz bayi perempuan.

Ketahui Risikonya

Dengan kehamilan bayi besar, terdapat beberapa masalah yang bakal timbul. Antaranya adalah kesukaran ketika melalui proses kelahiran. Anda mungkin berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi  seperti perineum koyak mahupun kehilangan darah yang banyak.

Kesukaran kelahiran yang dialami juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan semasa lahir. Ini termasuklah pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah atau lumpuh anggota tangan iaitu “ERBS PALSY” yang berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu. Terdapat juga risiko kecil bayi mengalami masalah seperti “SHOULDER DYSTOCIA” sewaktu lahir dimana bahunya tersekat ditulang pubik. Hal ini sangat jarang berlaku namun tetap serius dan memerlukan pemerhatian serta merta  bagi mengelakkan kecederaan teruk mahupun kematian bayi. 

Antara lain, bayi  bersaiz besar mungkin memerlukan anda melahirkan secara caesarean. Kebiasaannya apabila doctor mengesyaki bayi bersaiz besar, dia akan menyarankan kelahiran secara pembedahan agar dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa bayi, mahupun nyawa anda sendiri. Alternatif lain selain daripada caesarean, anda mungkin diberi pilihan untuk menerima ubat cetusan kontraksi(induce)lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Walaubagaimanapun, jika hal ini berlaku, anda masih berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal. Kajian yang pernah dijalankan mendapati 88 peratus wanita yang disyaki menghamilkan bayi bersaiz besar berjaya melalui proses kelahiran secara normal.
Jika anda sudah melebihi tarikh jangkaan bersalin, ada kemungkinan doctor akan memberikan induce. Jika ia disarankan kepada anda, ketahui sebabnya. Bagi kebanyakan wanita yang hamil bersaiz besar, dia tidak mendapat apa-apa faedah daripada ubat induce yang diberikan. Sama juga halnya dengan bayi. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

Jika anda penghidap diabetis, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada ubat cetusan kontraksi. Dengan mencetuskan sakit kelahiran lebih awal, ia dapat mengurangkan risiko komplikasi yang lainnya.

Sehubungan itu, proses bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan kekurangan oksigen dibekalkan kepada bayi. Ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan kecacatan  fizikal dan mental dalam jangka masa yang akhirnya menjadi penyebab kehilangan upaya kekal ke atas diri bayi yag bakal dilahirkan.

Kesan Selepas Kelahiran

Kebanyakan bayi yang dilahirkan bersaiz besar adalah normal melainkan dia mengalami “Shoulder Dystocia” semasa dilahirkan. Bayi mungkin akan melalui beberapa masalah kesan daripadanya. “Shoulder Dystocia” boleh mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga member kesana kepada saraf di bahu dan lengan.
Sekiranya bayi tidak mengalami kerosakan saraf, dia biasanya berupaya untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani rawatan tertentu. Tulang selangka yang patah juga boleh sembuh tanpa sebarang masalah lain.

Kesan fibroid terhadap kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang berlaku di dalam rahim. Bagi wanita mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merisaukan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 % wanita dalamlingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun, menghidap fibroid.

Fibroid dan kehamilan

Fibroid biasanya terdapat dikalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dikalangan wanita yang sedang hamil. Ada kalanya fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka oleh ibu hamil. Ada fibroid yang boleh menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap  fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga pada aras faktor pertumbuhan yang terdapat di  dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 % wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid ketika hamil. Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan didapati fibroid ini membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrasound dan kebanyakan wanita yang mengahadapi fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Pastinya ramai ibu-ibu akan tertanya,adakah fibroid akan menyebabkan mereka mengalami masalah sepanjang kehamilan.

Apabila wanita hamil megalami fibroid, beberapa masalah mungkin akan berlaku. Antaranya termasuklah risiko keguguran, risiko kelahiran bayi pramatang pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami pendarahan yang banyak selepas melahirkan.

fibroid dan lehamilan
Rawatan fibroid ketika hamil

Bagi wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Selalunya ubat penahan sakit yang diberi adalah dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan sepanjang kehamilan. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui ceaserean, pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan pada waktu yang sama.

Pembedahan akan dilakukan selepas proses melahirkan, sekiranya fibroid merbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi setelah tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Set J - Set Ibu Mengandung

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

set ibu hamil
Pernahkah anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang 'biasa' semasa hamil.Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi. Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Sekiranya mommies mengalami situasi di atas, cubalah set J (set ibu mengandung) InsyaAllah..anda akan dapat merasakan kesannya dan perbezaannya.

Set kehamilan kami terbahagi kepada 2:
  • Set J1 (trimester pertama) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix
  • Set J2 (trimester kedua &ketiga) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix, Omega
Jom kita lihat fungsinya satu-persatu:

Vita-lea Iron formula :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C 
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix :
kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
OmegaGuard :
membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.
Nota penting : Sekiranya anda berhasrat ingin mengambil set kehamilan diatas, obimin dan folic acid yang dibekalkan oleh doktor tak perlu anda ambil ye.

Ok..tiba masanya nak share testimonial mommies yang sangat berpuas hati dengan set J ni..

Testimoni 1

Testimoni 2 


Alhamdulillah...best kan mommies? Apa salahnya kita laburkan sedikit wang demi kesihatan diri dan kesihatan baby tersayang..Mencegah itu lebih baik daripada merawat..

    Kenapa Wanita Hamil Mengidam Benda Pelik

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    mengidam benda pelik
    Wanita yang baru disahkan hamil pastinya cukup teruja untuk meraikan berita gembira itu dengan pasangannya. Bagi bakal ibu yang menimang cahayamata sulung, jangan terkejut dengan perubahan yang bakal dihadapi kala mengandung. Dalam ruangan kali ini, pembaca berpeluang mengetahui lima perkara yang boleh dihadapi oleh bakal ibu yang disahkan hamil.

    Pedih ulu hati, loya dan muntah, keinginan untuk menikmati sesuatu makanan merupakan antara tanda-tanda sampingan yang akan dialami oleh wanita hamil. Ada juga di kalangan wanita hamil yang mengidam untuk makan sabun malah mempunyai air liur yang berlebihan di dalam mulut semasa mereka mengandung. Hal ini benar-benar berlaku, untuk mengetahui dengan lebih lanjut teruskan pembacaan anda dengan penerangan di bawah.

    Wanita Hamil Dan Mengidam Keterlaluan
    Semasa hamil macam-macam perkara pelik boleh menjadi keinginan. Tiba-tiba terasa hendak makan sesuatu misalnya ais, kapur tulis malah kotoran. Keinginan yang keterlaluan begini belum dikenal pasti lagi puncanya namun ia ada perkaitan dengan faktor biokimia, psikologi dan budaya di persekitaran mahupun di tempat kerja. Mengidam keterlaluan atau pica ini diistilahkan untuk wanita hamil yang ingin menikmati sesuatu yang bukan makanan seperti tanah liat, sabun, ais, beras malah biji kopi. Ia biasa terjadi di kalangan wanita hamil.

    Dalam sesetengah kajian yang dijalankan keadaan ini ada perkaitannya dengan kekurangan zat besi (walaupun apa yang diinginkan tidak ada pun unsur zat besi di dalamnya). Tetapi tidak juga bermakna mereka yang mengidam keterlaluan itu mengalami keadaan kurang zat besi dalam badan. Tidak perlu mengambil zat besi secara berlebihan. Tetapi pengambilan makanan sebegitu boleh mengganggu proses penyerapan nutrien dalam tubuh langsung memudaratkan.

    Hidung Berair
    Anda mengalami keadaan hidung tersumbat? Hal ini bermakna anda di antara 20 ke 30 peratus wanita yang berhadapan dengan keadaan itu sepanjang kehamilan. Ia dinamakan kehamilan rhinitis dan ia boleh berlaku seawal dua bulan kehamilan dan berlanjutan sehingga bayi dilahirkan malah beberapa minggu selepas kelahiran.

    Hormon estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan membran mucus membengkak malah menyebabkan pengeluaran mucus secara berlebihan. Darah yang berlebihan dalam tubuh semasa hamil juga boleh menyebabkan saluran darah yang kecil membengkak pada garisan hidung lalu menyebabkan kesesakan pada sekitar tisu hidung.

    Air Liur Berlebihan
    Pernahkah anda secara tiba-tiba mahu meludah dengan kerap? Pakar perubatan sendiri tidak dapat mengenal pasti mengapa sesetengah bakal ibu mengandungi air liur berlebihan semasa hamil. Namun perubahan hormon dan loya turut dikaitkan dengan keadaan ini. Kerap meludah akibat pengeluaran air liur yang berlebihan ini dinamakan ptyalism atau sialorrhea dan ia menyebabkan keadaan tidak selesa kepada bakal ibu. Tetapi ia tidak menjejaskan janin dalam kandungan.

    Dalam keadaan biasa, kelenjar air liur menghasilkan satu setengah kuart air liur sehari. Tetapi disebabkan proses menelan berlaku dengan kerap, anda tidak menyedari air liur yang ada di dalam mulut. Tetapi semasa hamil anda menyedari yang terdapat banyak air liur terkumpul di dalam mulut. Ia mungkin terjadi kerana anda telah menghasilkan air liur yang banyak atau anda tidak melakukan proses menelan dengan kerap atau kedua-duanya.

    Tercungap-cungap Semasa Bernafas
    Tidak dinafikan sesetengah wanita hamil akan mengalami keadaan sebegini di awal kehamilannya. Tubuh anda memerlukan oksigen semasa hamil malah ia amat memerlukannya dalam keadaan tertentu. Hormon yang meningkat terutama progesteron akan memberi kesan langsung kepada jantung yang kemudiannya merangsang pusat resporatori pada otak. Sedangkan kadar pernafasan untuk tempoh seminit berubah sedikit sahaja semasa mengandung manakala jumlah udara yang disedut dan dilepaskan dalam setiap hembusan itu bertambah dengan nyata sekali.

    Semakin janin membesar, ia akan memberi tekanan kepada bahagian diafragma dan menyebabkan pernafasan menjadi sukar. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu mengandung bayi kembar. Bagi wanita hamil buat kali pertama, anda dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi terutama di penghujung kehamilan. Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi di penghujung kehamilan.

    Pening Kepala
    Pening kepala semasa hamil juga turut dialami oleh wanita hamil. Ketika ini sistem kardiovaskular dan tekanan darah melalui banyak perubahan. Kadangkala keadaan ini menyebabkan tubuh tidak dapat menerima perubahan langsung menyebabkan sakit di bahagian kepala.

    Keadaan ini juga menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, darah di bahagian jantung mengepam dengan lebih laju dan darah dalam tubuh meningkat antara 40 ke 45 peratus. Biasanya sistem kardiovaskular dan sistem saraf boleh mengawal perubahan yang berlaku semasa hamil dan darah yang berlebihan akan mengalir ke bahagian otak, namun ada ketikanya ia tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku sehingga menyebabkan anda berasa pening.

    Kelima-lima perubahan yang dialami ini akan memberi kesan emosi kepada wanita hamil. Oleh sebab itu, wanita hamil yang mudah panik sebaliknya terima perubahan yang berlaku dengan tenang. Sekiranya, perubahan itu menyebabkan wanita hamil tidak dapat bangun dan menjalani kehidupan yang biasa, sebaik-baiknya segeralah berjumpa dengan doktor.

    Sumber: Mingguan Wanita

    Kerap Hamil Boleh Jejaskan Tulang

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    Memiliki zuriat yang ramai mampu memberikan kebahagiaan dalam rumahtangga. Namun, kehamilan  yang kerap dalam jarak masa yang singkat, turut mengundang risiko kepada ibu-ibu mengandung.

    Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari fakulti kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annisa Nuhonni berkata, bayi didalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

    Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ini menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding keadaan biasa. Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

    "Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding biasa"jelasnya. Tambah dr.Annisa lg "Jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen dalam tubuh"

    "Estrogen sangat penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terjejas berikutan kekurangan  kalsium" ujarnya lagi.

    Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kalsium, dan mula menyerapnya melalui tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 % kandungan kalsium dalam badan terdapat didalam bahagian gigi dan tulang. Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu dan akhirnya akan mengundang penyakit berkaitan tulang.

    Berpantang

    "Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru itu diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi, untuk mengekalkan kekuatan tulang. Apabila kurang kalsium, akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamnya yang sudah menopaus"katanya kepada Jurnal.

    Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti yougurt, keju, dan sayur berdaun hijau sebagai alternatif untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan. 

    Sebagai langkah untuk membantu wanita dalam mengekalkan kesihatan tulang, pakar perunding seksual dan kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd Ismail Thambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

    Selain daripada merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Dr Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu lepas melahirkan. 

    "Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. 

    "Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma saat melahirkan" katanya

    Seseorang wanita itu bukan sahaja memerlukan tempoh berpantang sebelum kembali mengandung, bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. 

    Sambil menyebut saranan dalam islam supaya menjarakkan kehamilan dalam masa dua tahun, Dr Ismail menasihati agar pasangan bijak merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.


    Merancang bayi ke-2

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    Kebanyakkan ibu bapa tertana-tanya, bilakah masa yang sesuai untuk medapatkan anak kedua dan seterusnya. Temph dua tahun adalah masa yang paling sesuai dan ideal bagi seseorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Ini kerana tempoh berkenaan sudah memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan seumpamanya.

    Buat pengetahuan anda kehamilan sebelum dua tahun akan menyebabkan mungkin akan menghadapi masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi masalah kesihatan. Hal ini terjadi kerana tubuh belum bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kandungan yang seterusnya.

    Anak pertama mungkin masih kecil dan menyusu susu ibu. Apabila anda hamil, anda perlu menguruskan anak. Pada masa yang sama, perlu menguruskan rumahtangga, kerjaya, suami dan yang seumpamanya. Dan perlu memastikan kandungan dalam keadaan yang baik. Apabila usi anak sudah 2 tahun, tentunya sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi dapat mengurangkan bebanan yang anda tanggung.

    Tetapi jika didapati anda hamil awal sebelum tempoh yang disarankan, langkah penting yang anda perlu lakukan ialah, memastikan paras HB dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan kalsium. Pastikan anda menjalani pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat penting untuk diteliti untuk mengelakkan sebarang komplikasi sepanjang tempoh kehamilan.

    Bagi ibu-ibu yang hamil secara caeserean, tak perlu bimbang. Anda sudah boleh memikirkan kehamilan anak kedua selepas dua tahun kelahiran anak pertama. Selepas tempoh dua tahun, tempat jahitan ceaserean diyakini sudah sembuh sepenuhnya.

    Sebelum hamil


    • Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
    • Makan acid folic 400mcg sekurang-kurangnya sebelum rancang hamil untuk mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan seumpamanya
    • Jumpa doktor dahulu sekiranya menghadapi masalah kesihatan tertentu agar semuanya terkawal
    Selepas hamil
    • Lakukan pap smear selepas 2 bulan kelahiran. Pastika anda tidak haid ketika itu
    • Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai.

    Hukum Dedah Aurat Ketika Bersalin

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    • 5907
       


    SOALAN:
    Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?

    Jawapan oleh Ustazah Sakinah :
    Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’. Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

    1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.
    2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.
    3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.
    4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.
    5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk. Wallahu a’lam.

    8 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
     
    Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 8 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat. InsyaAllah...

    1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

    2. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat 

    3. Berat badan sihat
    Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti. 

    4. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

    5. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

    6. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

    7. Relaks. Sama ada tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan anda hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkanlah fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda itu terlalu berat.

    8. Kurangkan kafein. Penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum sehingga tiga cawan sehari atau lebih, kini jadikannya hanya satu cawan. Kafein berlebihan menyukarkan anda hamil. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda menghidap anemia jika berjaya hamil kelak.

     

    Search