{ ermilia } Menu

Punca Kandungan Besar

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:



kandungan besarBerat bayi yang melebihi 4.5 kg dianggap sebagai besar berbanding purata saiz normal iaitu 3.4 kg. Apakah impaknya pada kelahiran?

Adalah sukar untuk menentukan sama ada kandungan anda benar-benar besar atau turut dikenali sebagai macrosomic ketikah bayi masih berada didalam rahim. Hanya setelah bayi dilahirkan barulah berat badan sebenarnya dapat diputuskan. Walaubagaimanapun doctor berupaya untuk mengagak kandungan anda berkemungkinan  besar dengan menjalankan ujian ultrabunyi. Apatahlagi, kajian menunjukkan bahawa 5 hingga 10 peratus kandungan didapati bersaiz besar setelah ujian berkenaan dilakukan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah bayi besar. Salah satunya ialah faktor genetic contohnya jika anda dilahirkan sebagai bayi bersaiz besar, maka bayi yang dikandung pun berisiko bersaiz besar. Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetis sedia ada atau pun diabetis ketika hamil merupakan antara punca kepada masalah yang berlaku.

Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko bayi besar dipercayai turut berpunca daripada etnik dimana wanita yang berdarah sepanyol lebih berisiko tinggi. Antara lain termasuklah obesity, indeks jisim badan (BMI) yang tinggi diawal kehamilan, kenaikan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil dan terlebih hari lebih daripada minggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Tidak terkecuali jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding saiz bayi perempuan.

Ketahui Risikonya

Dengan kehamilan bayi besar, terdapat beberapa masalah yang bakal timbul. Antaranya adalah kesukaran ketika melalui proses kelahiran. Anda mungkin berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi  seperti perineum koyak mahupun kehilangan darah yang banyak.

Kesukaran kelahiran yang dialami juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan semasa lahir. Ini termasuklah pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah atau lumpuh anggota tangan iaitu “ERBS PALSY” yang berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu. Terdapat juga risiko kecil bayi mengalami masalah seperti “SHOULDER DYSTOCIA” sewaktu lahir dimana bahunya tersekat ditulang pubik. Hal ini sangat jarang berlaku namun tetap serius dan memerlukan pemerhatian serta merta  bagi mengelakkan kecederaan teruk mahupun kematian bayi. 

Antara lain, bayi  bersaiz besar mungkin memerlukan anda melahirkan secara caesarean. Kebiasaannya apabila doctor mengesyaki bayi bersaiz besar, dia akan menyarankan kelahiran secara pembedahan agar dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa bayi, mahupun nyawa anda sendiri. Alternatif lain selain daripada caesarean, anda mungkin diberi pilihan untuk menerima ubat cetusan kontraksi(induce)lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Walaubagaimanapun, jika hal ini berlaku, anda masih berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal. Kajian yang pernah dijalankan mendapati 88 peratus wanita yang disyaki menghamilkan bayi bersaiz besar berjaya melalui proses kelahiran secara normal.
Jika anda sudah melebihi tarikh jangkaan bersalin, ada kemungkinan doctor akan memberikan induce. Jika ia disarankan kepada anda, ketahui sebabnya. Bagi kebanyakan wanita yang hamil bersaiz besar, dia tidak mendapat apa-apa faedah daripada ubat induce yang diberikan. Sama juga halnya dengan bayi. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

Jika anda penghidap diabetis, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada ubat cetusan kontraksi. Dengan mencetuskan sakit kelahiran lebih awal, ia dapat mengurangkan risiko komplikasi yang lainnya.

Sehubungan itu, proses bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan kekurangan oksigen dibekalkan kepada bayi. Ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan kecacatan  fizikal dan mental dalam jangka masa yang akhirnya menjadi penyebab kehilangan upaya kekal ke atas diri bayi yag bakal dilahirkan.

Kesan Selepas Kelahiran

Kebanyakan bayi yang dilahirkan bersaiz besar adalah normal melainkan dia mengalami “Shoulder Dystocia” semasa dilahirkan. Bayi mungkin akan melalui beberapa masalah kesan daripadanya. “Shoulder Dystocia” boleh mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga member kesana kepada saraf di bahu dan lengan.
Sekiranya bayi tidak mengalami kerosakan saraf, dia biasanya berupaya untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani rawatan tertentu. Tulang selangka yang patah juga boleh sembuh tanpa sebarang masalah lain.

No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search