{ ermilia } Menu

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliat, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan..Ada ketikanya kita jadi resah bila baby bergerak.dan yang sentiasa bermain-main difikiran kita "cukup ke gerakan anak aku ari ni" terutamanya untuk ibu yang hamil untuk kali pertama ..^_^
Jom kita kongsikan bersama pergerakan baby mengikut trimester berdasarkan apa yg sy baca dan sy alami..

Trimester  pertama
=============
Bermula daripada awal kehamilan sehingga penghujing 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi.Ketika ini bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim,ketahuilah bayi anda sudah boleh melonjak tetapi sayangnya...anda tidak dapat merasainya...

Trimester kedua
===========
Pada ketika ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menghentam dan menendang. Pergerakan seperti ini boleh dirasai seawal bulan keempat.Namun kebanyakan ibu tidak perasan kerana ia seperti gerakan angin dan kekejangan otot.
Pada bulan ke-lima pula, kebanyakan ibu-ibu dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti pergerakan akrobatiksebaik sahaja ototnya sudah kuat dan kemahiran motornya berkembang.

Trimester ketiga
===========
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit, namun  bayi masih ada ruang untuk berpusing.Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya kadangkala boleh membuat anda terkejut. Perlu anda ingat, Bayi adalah individu..maka pergerakannya berbeza dengan bayi yg lain. Jadi jangan bandingkan pergerakan bayi anda dengan bayi lain dan anda tidak perlu tertekan seandainya bayi anda kurang aktif.

Pergerakan akhir kehamilan
===================
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan berada dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi seolah-olah dirasai seperti sebiji tembikai yg menekan lantai pelvis. Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, segeralah berjumpa doktor.

10 Fakta Menarik Tentang Bayi

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

2. Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.
 
3. Warna asal mata ke...banyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.
 
4. Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.
 
5. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.
 
6. Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.
 
7. Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.
 
8. Bayi dilahirkan tanpa lutut.
 
9. Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.
 
10. Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.


Panduan Menyusukan Anak Ketika Berpuasa

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.Amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara.

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ke...tika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting.

Meal Shakes - Minuman Anak di Bulan Ramadhan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:


Cara Terbaik Bagi Wanita Hamil Berbuka Puasa

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
===================================

1. makan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah).
2. amalkan minum susu atau yogurt rendah lemak.
3. amalkan mkn sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
======================================

1. sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera.
2. protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang.
3. karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh.
4. dan, banyak sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan.

Kesan Haiwan Peliharaan Kepada Kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Haiwan peliharaan sememangnya comel.Tetapi awas! tanpa langkah penjagaan yg betul, ia mampu menjejaskan kesihatan anda. Paling menggusarkan ia boleh mengganggu perkembang...an bayi dalam kandungan.

Walaubagaimanapun..sekiranya sudah memelihara mana-mana jenis haiwan, maka sebaik-baiknya bukan anda yg menguruskan pembuangan najis haiwan berkenaan.Anda seharusnya tidak memelihara mana-mana haiwan semasa hamil terutamanya jenis yang berbulu seperti kucing, hamster dan seumpamanya kerana haiwan-haiwan ini berkait rapat dgn sejenis parasit iaitu protozoa toxoplasama gondii yang membiak di dalam usus yang boleh menimbulkan masalah kesihatan serius kpd bayi dalam kandungan.


Haiwan yang paling selamat dipelihara ketika hamil adalah ikan.

Search