{ ermilia } Menu
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Punca & Cara Mengatasi Susu Merudum

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Kebanyakan ibu-ibu yang menghubungi saya untuk mendapatkan Set Penyusuan adalah kerana susu merudum.

Oleh itu, di sini saya menekankan kepada bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan bayi anda apabila lahir. Pastikan membuat persediaan awal untuk menghadapi alam penyusuan. Jangan di saat-saat susu sudah merudum barulah mencari penyelesaian.

Kemudian bergantung harap kepada supplement sepenuhnya. Jangan begitu, Supplement adalah bertindak sebagai pelengkap kepada nutrien seharian. Banyakkan membaca untuk mencari ilmu tentang penyusuan dan sediakan kekuatan mental dan psikologi sepenuhnya.

Dan tidak kurang juga anda harus bersemangat dan mempunyai matlamat yang satu iaitu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Keyakinan kepada keupayaan diri sendiri itu amatlah penting.

Majoriti ibu-ibu yang  menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain Milk Booster ada perkara lain yang anda perlu tahu yang menjadi punca susu merudum.

Anda masih lagi perlu menjaga keperluan yang lain. Seperti menjaga pemakanan, pengurusan stress, minum air dengan cukup dan sebagainya. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu merudum.

Nanti kalau dah ambil milk booster tapi susu masih merudum, sudah tentu lagi stresskan? Jadi jom semak, ada tak perkara-perkara dibawah yang berlaku pada diri anda :

1. Stress

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.

Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda.

Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.

2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.

3. Kurang pam atau perah

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam).

Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secaradirect. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

6. Penggunaan pil perancang

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Pengambilan pil antibiotik

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

8. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.

Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Diatas adalah antara sebahagian punca-punca yang menyebabkan susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang, barulah kita cari jalan penyelesaian kerana saya nak anda tahu milk booster bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum.

Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang konsisten.

Bengkak Susu (Mastitis)

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

bengkak susu

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Gejala- Gejala Mastitis

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih
Sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda.

Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang berisiko

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Bila anda perlu jumpa doktor

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan.

Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan Mastitis di rumah

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-
  • Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
  • Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
  • Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
  • Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
  • Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
  • Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
  • Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
  • Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan
  • Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  • Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
  • Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
  • Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
  • Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

APA ITU Recurring blocked duct (susu Tersumbat)

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

susu tersumba

Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi. Antara punca berlakunya perkara ini adalah tempoh antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama, proses cerai susu yang terlalu drastik mahupun penggunaan saiz corong breast shield yang ti
dak sesuai. Keadaan duktus susu tersumbut yang tidak dirawat bukan sahaja boleh mengakibatkan penghasilan susu menjadi kurang malah boleh turut menyebabkan mastitis kerana susu yang masih tertinggal menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik.


Symptom:
 
~kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump 

~penghasilan susu yang merundun

~terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”

~Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.

Rawatan:
 
~Tingkatkan kekerapan direct feeding bagi memastikan payudara dapat dikosongkan

~Urut pada bahagian payudara yang bengkak bagi membantu melancarkan aliran susu sekaligus merawat keadaan duktus yang tersumbat

~Tuam payudara bagi mengembangkan saluran duktus susu dan mencapai letdown dengan lebih cepat. Gunakan heating pad sebelum menyusu sekiranya perlu.

~Tekan pada kawasan benjolan semasa proses penyusuan sedang berlangsung 

~Mandi dengan air panas dan halakan payudara terus pada air yang mengalir
Jalankan terapi ultrasound (perlu ke klinik bagi prosedur ini)

Pencegahan:

~Selalu ubah posisi penyusuan agar pengaliran susu menjadi rata bagi kesemua bahagian payudara

~Elak daripada menggunakan bra yang terlalu ketat 

~Mengambil lecithin bagi mengelakkan daripada recurring blocked duct

~Memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna setiap kali selepas sesi penyusuan selesai. 
~Sekiranya perlu, pump setelah anak selesai menyusu bagi mengeluarkan saki baki susu yang masih terdapat dalam payudara

Kenali Petunjuk Bayi Ingin Menyusu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? Usah khuatir lagi! INTAN JASTINA JAMALUDDIN berjaya mendapatkan pandangan daripada kaunselor laktasi, Nur Farah Farhan.


tips penyusuan


Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. Langkah ini penting agar membantu anda mengenal dengan lebih baik tanda-tanda komunikasi bayi dan orang di sekelilingnya.

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.


Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

Apa yang perlu dilakukan?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.


Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 – 15 kali dan berhenti seketika selama 2 – 5 saat sebelum menyusu semula.


Bayi mahu berehat sebentar (withdrawal cues)
Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaannya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang mengganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.


Apa yang perlu dilakukan?
Berikan masa pada bayi untuk berehat sebentar. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajak bayi berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Anda harus bertenang dan pelajari dan teliti petunjuk yang bayi berikan.


Bayi mahu bermain (approach cues)
Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Sekiranya petunjuk ini tidak dipedulikan, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan.


Apa yang perlu dilakukan?

Letakkan alat mainan berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan bayi kerana waktu ini bukan susu yang dikehendakinya tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, rangsangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan. Menangis adalah salah satu komunikasi bagi bayi menyampaikan mesejnya. Anda jangan khuatir dan panik jika bayi menangis. Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana melaluinya anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.



Sumber: Nur Farah Farhan (2010). Kenali petunjuk bayi ingin menyusu. Majalah Pa&Ma. Julai 2010

10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:


1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)


2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit pe
rut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.


4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.


5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).


6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.


7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).


8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.


9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.


10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda
.

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Mulakan penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
  • Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan.

2. Jangan mengehadkan tempoh menyusu atau kekerapan bayi anda menyusu.
  • Ramai mengatakan bayi sepatutnya diberi susu setiap 2 jam. Tetapi belajar memahami kehendak bayi anda dan tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar. Susukan bayi anda jika dia mahu.

3. Lekapan (Latch) yang betul antara bayi anda dengan puting memastikan kejayaan proses penyusuan anda.

  • Lekapan yang sempuna adalah kunci kejayaan dalam proses penyusuan badan. Jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar dan pastikan anda tahu cara bagi memastikan bayi anda menyusu dengan sempurna. Puting melecet antara tanda lekapan yang tidak sempurna.

4. Susu formula percuma bukan penyelamat anda.

  • Tujuan utama anda diberikan sampel susu formula percuma adalah untuk menggalakkan anda membeli susu formula keluaran syarikat mereka. Tiada yang lebih berkhasiat selain dari susu ibu. Bayi anda berhak mendapat nutrisi terbaik dan pastikan anda memenuhi hak mereka. Jika bayi anda melekap dengan sempurna, kemungkinan untuk bayi anda menyusu sehingga kenyang adalah tinggi. Jadi, tidak perlu berikan bayi anda susu formula tetapi belajar cara yang betul untuk memastikan bayi anda melekap dengan sempurna.

5. Fahami konsep ‘Supply & Demand’

  • Di sekitar minggu ke 28 kehamilan, badan anda akan mula menghasilkan susu. Jadi, tidak ada alasan kenapa anda tidak boleh memberi bayi anda susu badan sebaik sahaja dia lahir. Untuk memastikan susu badan terus terhasil pastikan anda mengamalkan konsep ‘Supply & Demand’. Badan anda memerlukan rangsangan (Demand) untuk menghasilkan susu (Supply). Rangsangan boleh terjadi melalui hisapan bayi atau pam.

6. Nutrisi sempurna.

  • Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum dan secara tidak langsung akan membolehkan badan anda terus menghasilkan susu badan. Komponen utama susu ibu adalah protein, kalsium, vitamin, mineral dan cecair. Pastikan diet harian anda lengkap dengan kesemua komponen ini dan anda tidak akan ada masalah untuk terus menghasilkan susu buat si kecil. Kekurangan nutrisi akan menganggu kesihatan badan ibu dan secara tidak langsung akan mengganggu proses penghasilan susu badan.

7. Tenang, positif, doa dan istiqamah

  • Susu ibu adalah anugerah Allah untuk si kecil. Anda harus sentiasa bertenang, elakkan tekanan emosi yang melampau, sentiasa berfikiran positif bahawa anda mampu menghasilkan susu badan untuk si kecil, sentiasa berdoa dan istiqamah dalam melakukan rangsangan (Demand) agar badan anda mampu menghasilkan susu (Supply).

Jika anda mengalami masalah penyusuan, Set Penyusuan kami mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda. 
Kredit: LifeFit.my

APAKAH PUNCA PENGHASILAN SUSU IBU MERUDUM?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Penyusuan mengikut jadual.
**********************

Ini menggangu proses Demand & Supply kerana badan ibu akan menghasilkan susu mengikut tahap rangsangan yang diterima. Jadi susukan bayi bila sahaja dia lapar.

2. Memendekkan tempoh penyusuan.

***************************
Menghentikan penyusuan sebelum bayi kenyang akan menggangu proses Demand & Supply. Jadi badan ibu kurang dapat rangsangan menyebabkan penghasilan susu berkurangan. Malah di hujung penyusuan susu ibu mengandungi lebih banyak lemak yang membantu bayi menambah berat badan.

3. Bayi kerap tidur

**************
Benar di awal kelahiran, bayi lebih banyak tidur. Jadi kejutkan bayi dan beri dia susu badan sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk meningkatkan rangsangan bagi mengoptimumkan penghasilan susu.

4. Makanan tambahan

****************
Sebaik sahaja ibu mula memberikan bayi susu formula, secara automatik badan ibu mendapat signal untuk mengurangkan penghasilan susu.

5. Memberi bayi minum melalui botol

***************************
Melalui botol, bayi lebih senang minum dan tidak perlu menyedut dengan kuat. Dan bayi memang suka kerana tidak perlu usaha keras untuk minum susu. Tetapi ini juga mengurangkan keinginan untuk menyusu terus dari payudara ibu kerana perlu menyedut lebih kuat. Jadi badan ibu akan kurang rangsangan dan penghasilan susu akan berkurang.

6. Memberi bayi puting tiruan

**********************
Bayi akan keliru dan akan mengurangkan keinginannya untuk menyusua terus dari payudara. Ini menyebabkan badan ibu kurang rangsangan dan penghasilan susu terjejas.

7. Badan ibu kekurangan nutrisi

**********************
Penyusuan yang lancar memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ibu yang mengalami kemuruduman susu berkemungkinan besar tidak mengamalkan diet seimbang atau tidak mendapat nutrisi lengkap. Pengambilan supplement tambahan adalah salah satu pilihan anda.

8. Penggunaan pil perancang

**********************
Penggunaan pil perancang akan mengganggu penghasilan susu. Jadi elakkan pil perancang dalam 2 bulan terawal selepas bersalin. Selepas 2 bulan, anda boleh mulakan dengan pil mini supaya pengambilan boleh dihentikan jika susu mula merudum.

Rahsia Kekal Langsing Ibu Menyusu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Mommies nak tau tak, penyusuan sebenarnya boleh membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini kerana setiap kali anda menyusu bayi anda, 500 kalori dibakar didalam tubuh anda. Jika difikirkan secara logik, sepatutnya berat badan mesti akan berkurangan. Betul tak? Tapi kenapa kebanyakkan ibu menyusu mengeluh bahawa menyusu menyebabkan mereka berasa lebih lapar?



Ini antara sebab-sebabnya ye mommies :

~ Pengambilan makanan  melebihi penggunaan tenaga. Walaupun ibu2 membakar banyak kalori tetapi banyak juga makanan yang diambil. Makanan yang diambil berlebihan ini akan disimpan didalam badan dan menjadi lemak Ibu menyusu lebih cenderung berasa lebih lapar setiap kali selepas menyusu baby / setiap kali selepas pam. Ini kerana badan kita telah membakar kalori, tetapi malangnya bila lapar anda terus mengambil makanan dala kuantiti banyak. Untuk mengurangkan berat badan meningkat secara mendadak, galakkan ibu menyusu mengambil air dan buah semasa lapar.


~ Sistem penghadaman yang lemah - ramai diantara kita mengalami masalah berat badan berlebihan kerana sistem penghadam kita tak mampu bekerja dengan baik. Akibatnya, lemak2 yang terkumpul tak dapat dikeluarkan dengan baik.

Bagaimana cara untuk mengatasi nya :


~ Banyakkan minum air masak dalam 3-4 liter, kerana ibu menyusu memerlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu yang banyak dan membuat kita lebih berasa kenyang dan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil


~ Mengambil makanan sekadar perlu. Walaupun ibu menyusu tidak digalakkan untu berdiet tetapi perlu tahu bahawa pengambilan makanan yang banyak juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan secara mendadak. Makanlah secara bijak untuk mengelakkan berat badan meningkat.

~ Buat senaman bagi membantu meningkatkan metabolisme badan seterusnyer meningkatkan fungsi sistem penghadaman dan membakar kalori serta boleh membentuk tubuh badan yang lebih cantik.

~ Selain itu, anda boleh mengambil supplement yang sesuai untuk ibu menyusu. Supplement juga memecahkan dan mengurangkan selera makan.

Tips Memujuk Bayi Menyusu Pada Sebelah Payudara Yang Tidak Diminati

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Salam semua..merujuk tajuk entry di atas..agak-agak ada tak mommies yang sedang mengalaminya atau pun dah pernah mengalaminya..Kalau betul..anggukkan kepala tanda setuju ye..hehe, dan saya adalah antara yang sedang mengalaminya..huhu. Sampaikan size payudara pun terjejas..mana taknya..anak saya lebih suka yang sebelah kanan..so sebelah kiri tu cam dah jadi replika plak untuk anak saya..puas pujuk..Rupa-rupanya ada tips camne nak atasi baby yang suka dengan sebelah payudara je..jom kita kongsikan bersama.

Sebelum tu, perlu diingat, bahawa bayi perlu dipujuk, bukan dipaksa. Oleh itu teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu disebelah payudara yang tidak diminati. Antaranya adalah:
  • Cuba menyusukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum betul-betul sedar atau pun ketika dia sedang mengantuk. Pada ketika ini, bayi akan mudah bekerjasama dan menyusu secara spontan.
  • Mulakan penyusuan pada payudara yang tidak digemarinya, dan apabila berlaku pancutan refleks alih ke sebelah payudara lagi tanpa mengubah posisi kepalanya.
  • Menyusu dalam bilik yang gelap, dan dalam keadaan yang sunyi sepi.
  • Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara ibu yang tidak digemarinya
  • Jika bayi lebih gemar pada payudara yang mempunyai pengaliran susu yang lebuh laju, lakukan urutan pada payudara yang mempunyai aliran yang perlahan
Sekiranya size payudara merisaukan anda. Cuba tips ini ya?
  • Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya dan pastikan bayi dalam keadaan tenang dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.
  • Memerah payudara yang kecil selama 5-10 minit selepas sesi penyusuan.

Tips Penyusuan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Salam mommies. Moge dalam rahmat Allah hendak-Nya..Hari ni nak share sikit tentang tips penyusuan..Walaupun mungkin ada antaranya yang dah sedia maklum..just nak remind balik or refresh balik untuk next baby mungkin?hehe

Tips Teknik Penyusuan

Tahukah mommies semua..menyusukan bayi hakikatnya bukanlah sesuatu yang menyakitkan ibu dan anak. Jika ibu merasa sakit, kemungkinan besar ibu tidak menggunakan teknik yang betul dan tepat. Seandainya ibu berasa sakit,jauhkan bayi daripada payudara dan cuba lagi. Mungkin bayi tidak melekap dengan betul. Oleh itu, hentikan hisapan bayi dengan cara yang lembut, iaitu dengan meletakkan jari kelingking di hujung mulut bayi dan selitkan diantara rahang atas dan dibawahnya. Ulangi teknik berikut sehingga mendapat lekapan yang baik. 

Setelah anda cekap menyusukan  bayi anda dengan cara tersebut, anda boleh la cuba posisi -posisi yang lain. Belajarlah menyusukan bayi anda secara baring, kaedah ini membolehkan ibu-ibu menyusukan tanpa sebarang tekanan terutama bagi ibu yang melahirkan secara czer, tetapi ibu - ibu wajib alert dengan posisi baring ni tau..Jangan terus tidur lena yer? Ini penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Apa jua posisi penyusuan yang anda lakukan, bayi haruslah melekap dengan baik, jika tidak, ibu akan merasa sakit dibahagian puting payudara dan bayi pula tidak mendapat susu yang  cukup.


Kenapa Vitamin Tidak Berkesan?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. 

Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. 

Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. 

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. 

Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 

Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. 

Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? 

Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. 

Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. 

Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Dan akan saya update lagi nanti insyaALLAH.....apapun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. 

Sila call pengedar jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. 

Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..


Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3M
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. 

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul.

Tips Memulakan Penyusuan Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. 

Saya pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.

    Tip Penyusuan
  • Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
  • Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.

Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya.

 Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. 

Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
  1. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
  2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.

 Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! 

Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, 

InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Search