{ ermilia } Menu

Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. 

Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..


Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa 

Set 2 - Eu-Four Pack
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Set E
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Set 3M
  • Mengandungi set B, kalsium dan ESP
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya 
Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. 

Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat? 

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..

Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa  syurga wajib baginya". Subhanallah...

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul.

Slimming Set Shaklee

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai yang tak tahu sebenarnya Shaklee juga mempunyai set diet yang hebat. Gabungan 3 supplement asas ini, jika diambil secara konsisten memang memberi kesan yang sangat menggembirakan. 

Walaupun Lecithin sangat terkenal untuk menguruskan badan, namun jika anda betul-betul komited ingin menguruskan badan, silalah ambil tiga produk di bawah ya.. Bagi ibu yang menyusukan anak, sila dapatkan konsultasi dari saya produk mana yang sesuai untuk anda ya..

Pertama : Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.



herblax

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblex atau Alfalfa atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa atau Fiber,dan Herblex sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblex pada ibu2 yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak. 

alfalfa

Untuk detoks, anda boleh pilih samada Fiber, Alfalfa atau Herblax.. ikut bajet anda. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya : Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.

Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit, selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. 

fiber Plan


Kedua : Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. 

Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo, sekaligus menghalang semula kenaikkan berat badan dengan mudah.

Cinch

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP). (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 


ESP


Ketiga : Lecithin

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.



lecithin

Gabungan ketiga-tiga produk ini sangatlah berkesan dan saya percaya anda mampu mencapai berat badan yang anda inginkan, dengan syarat.. anda mestilah menjaga pemakanan.. Biar beribu harga produk atau slimming centre yang anda pergi, kalau makan tak control tak guna sebenarnya.. Kedua, mestilah minum air banyak sepanjang proses diet dijalankan, 2-3L sehari. Dan ketiga, konsisten ambil supplement nie..InsyaAllah kesannya memang SUPERB!

Berminat mencuba produk ini? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat.

Search