{ ermilia } Menu

ESP Membantu Melancarkan Penyusuan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Khas buat ibu-ibu yang menyusukan...ESP adalah merupakan salah satu daripada Milk Booster terbaik kami, kerana ia membantu melancarkan penyusuan dan membantu meningkatkan penghasilan susu badan..Anda masih ragu-ragu? Jom kita lihat apa kata ibu-ibu yang telah menggunakan ESP ini?




























Hebat kan penangan ESP ni? Jadi..apa tunggu lagi? Dengan segala khasiat yang ada..anda pasti tidak kecewa..percayalah...

Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin
& jangan lupa like fanpage saya
https://www.facebook.com/mamaharraz HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA...

Dengan Mealshakes Anak Jarang Dijangkiti Demam, Batuk, Selsema & Makan pun Semakin Berselera...

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Adakah anak-anak anda mengalami masalah berikut?
  • Anak kurang selera makan?
  • Tak gemar makan sayur?
  • Suka makan fastfood?
  • Mengalami masalah berat badan?
  • Selalu dijangkiti demam?
  • Selalu selsema?
  • Selalu batuk?
  • Asthma?
  • Sembelit?
  • Kurang fokus? / Kurang daya tumpuan?

Penyelesaiannya?? Berilah anak anda Mealshake. Mealshake merupakan supplement yang terbaik untuk anak. Ini kerana ia mengandungi protein dan multivitamin yang diperlukan oleh badan anak untuk membesar dengan kuat dan sihat. Antara khasiat Mealshake adalah:
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Menguatkan sistem imunisasi anak. Dengan itu anak jarang dijangkiti penyakit dan membesar dengan sihat
  • Membantu mengurangkan masalah eczema
  • Membantu mengurangkan sembelit
  • Membantu mengurangkan parut pada kulit
  • Membantu mencantikkan struktur kulit
Jom kita lihat apa kata ibu-ibu yang telah memberikan Mealshake untuk anak tersayang


Gembira hati saya bila Mealshake dapat membantu ibu-ibu mengatasi masalah anak-anak yang kurang selera makan dan yang menghadapi masalah kesihatan..Alhamdulillah... Kepada anda yang di luar sana ingin mencuba? Mealshake merupakan pilihan yang paling tepat. Harganya juga sangat-sangat berbaloi-baloi berbanding dengan kelebihan dan khasiat yang kita dapat. Apa tunggu lagi?? Segera hubungi saya untuk dapatkan harga yang sangat istimewa..Anda pasti tidak kecewa..

Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/mamaharraz HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA...


Payu Dara Sihat, Penyusuan Hebat

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Mana-mana wanita tentu mahu “aset berharga” yang dimiliki kekal sihat dan indah. Tidak terkecuali, para ibu yang menyusukan anak.Pelbagai cara boleh anda lakukan agar payu dara tetap kekal menarik. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup sihat yang selanjutnya menjadi faktor penentu kecantikan payu dara yang diimpikan. Malah, pada masa yang sama, impian anda untuk menyusukan anak menggunakan semata-mata susu ibu dapat dijayakan tanpa perlu melalui banyak rintangan.

Semasa Hamil
Penjagaan payu dara seharusnya perlu dimulakan sejak dari awal tempoh kehamilan. Hal ini kerana kehamilan yang semakin meningkat usia akan menyebabkannya mengalami kesan regangan. Walau bagaimanapun, lazimnya pembesaran payu dara ketika hamil tidak begitu ketara.

Biarpun begitu, selepas tempoh 28 minggu kehamilan, anda akan mendapati payu dara menjadi lebih berat. Hal ini berpunca daripada proses awal penghasilan kolostrum.

Oleh yang demikian, anda amat digalakkan untuk menyapu minyak yang tidak mengandungi bahan kimia seperti Bio-Oil bagi mengelakkan masalah kesan regangan di payu dara. Dengan yang demikian, ia akan terus anjal dan kekal cantik. Sekiranya anda mengalami kegatalan atau kulit di bahagian payu dara kering pula, anda turut digalakkan menyapu minyak ke bahagian berkenaan. Namun, jika masalah berlanjutan, dapatkan rawatan doktor bagi mengatasinya.

Selain daripada itu, biasakan diri memakai coli yang selesa. Sebaik-baiknya sarungkan coli yang mempunyai ciri sokongan yang baik. Salah satu cirinya, tali coli mesti lebar supaya berupaya menampung saiz payu dara yang dimiliki. Dalam pada itu, anda perlu memakai coli sepanjang masa biarpun ketika tidur. Oleh yang demikian, sarungkan coli yang khusus untuk kegunaan malam. Aspek kebersihan payu dara semasa hamil juga jangan diabaikan. Ketika mandi, bersihkan puting dengan menggosoknya menggunakan jari-jemari sehingga daki yang melekat padanya disingkirkan dengan sempurna.

Sepanjang Tempoh Penyusuan
Susu mula dihasilkan sebaik sahaja anda melahirkan bayi. Dalam tempoh hari pertama hingga ke-3 atau ke-5, susu awal yang akan dikeluarkan untuk memenuhi keperluan harian bayi. Walaupun ketika ini, kebanyakan ibu tidak melalui pengalaman payu dara berat, anda tetap perlu memakai coli yang selesa sebagai asas sokongan.

Melepasi hari-5 selepas kelahiran, payu dara akan menjadi lebih berat. Hal ini berlaku kerana ia mula menampung susu matang. Jadi, ketika tempoh ini anda perlu memakai coli setiap masa!

Sekiranya tidak dilakukan, ia akan menyebabkan payu dara menjadi kendur di masa hadapan. Perlu diingatkan, masalah kendur yang dialami bukan disebabkan oleh amalan penyusuan sebaliknya berpunca daripada kandungan susu di dalam payu dara yang menarik daya graviti. Sama juga halnya dengan posisi penyusuan yang diamalkan. Tiada bukti yang mengesahkan bahawa mana-mana posisi penyusuan menjadi punca terhadap perubahan bentuk payu dara.

Sehubungan itu, amalan pembersihan puting perlu diteruskan setiap kali mandi. Ada segelintir ibu gemar menyapu minyak Bio-Oil di bahagian payu dara untuk mengekalkan kecantikannya. Ia dibenarkan namun, bahagian kulit aerola dan puting tidak boleh terkena minyak tersebut. Diingatkan juga bahawa anda tidak perlu mencuci puting setiap kali selesai menyusukan anak. Perbuatan ini boleh menyingkirkan pelincir semula jadi yang berfungsi melicinkan bahagian aerola agar tidak mudah melecet.

Biar apa pun, penggunaan coli penyusuan yang baik adalah kunci utama kepada payu dara yang sihat. Oleh itu, pilih coli yang benar-benar dapat memberi sokongan kepada payu dara. Sementara itu, anda tidak digalakkan menyarungkan coli berdawai sepanjang menyusukan anak. Hal ini disebabkan ia boleh menyekat salur susu sehingga menjejaskan pengalirannya. Malah, dalam kes yang teruk, kesan pemakaiannya boleh menyebabkan jangkitan dan masalah-masalah lain.

Setelah Bercerai Susu
Ada tanggapan yang berlegar di kebanyakan minda wanita bahawa selepas bercerai susu, payu dara menjadi kendur berbanding biasa. Hal ini tidak mungkin berlaku sekiranya sejak dari awal anda mengamalkan panduan penjagaan payu dara yang betul. Sebaik-baiknya setelah bercerai susu, anda digalakkan lebih kerap melakukan senaman khas untuk payu dara dan amalan-amalan berkaitan.

1. Urutan
Lakukan urutan payu dara dengan menggunakan minyak Bio-Oil. Urutan itu perlu dihalakan ke atas. Lakukannya sambil berbaring di antara 10 – 15 minit sebelum tidur atau selepas bangun daripada tidur.

2. Senaman Lengan
Halakan tangan ke hadapan sambil lengan kanan memegang lengan kiri. Manakala lengan kiri memegang lengan kanan pula. Lakukan gerakan dengan menolak kedua-dua lengan berkenaan. Ketika ini, bahu dan payu dara akan terasa tegang.

Ulangi gerakan ini sehingga 20 kali hitungan kemudian ditingkatkan apabila anda sudah biasa mengamalkannya.

3. Regangan Belakang
Depakan kedua lengan separas bahu. Kemudian, gerakkan lengan ke arah belakang badan. Senaman ini akan menegangkan payu dara. Lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali dan ditambah jumlah gerakannya apabila anda mula kerap melakukan senaman jenis ini.


Search