{ ermilia } Menu

Punca & Cara Mengatasi Susu Merudum

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Kebanyakan ibu-ibu yang menghubungi saya untuk mendapatkan Set Penyusuan adalah kerana susu merudum.

Oleh itu, di sini saya menekankan kepada bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan bayi anda apabila lahir. Pastikan membuat persediaan awal untuk menghadapi alam penyusuan. Jangan di saat-saat susu sudah merudum barulah mencari penyelesaian.

Kemudian bergantung harap kepada supplement sepenuhnya. Jangan begitu, Supplement adalah bertindak sebagai pelengkap kepada nutrien seharian. Banyakkan membaca untuk mencari ilmu tentang penyusuan dan sediakan kekuatan mental dan psikologi sepenuhnya.

Dan tidak kurang juga anda harus bersemangat dan mempunyai matlamat yang satu iaitu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Keyakinan kepada keupayaan diri sendiri itu amatlah penting.

Majoriti ibu-ibu yang  menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain Milk Booster ada perkara lain yang anda perlu tahu yang menjadi punca susu merudum.

Anda masih lagi perlu menjaga keperluan yang lain. Seperti menjaga pemakanan, pengurusan stress, minum air dengan cukup dan sebagainya. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu merudum.

Nanti kalau dah ambil milk booster tapi susu masih merudum, sudah tentu lagi stresskan? Jadi jom semak, ada tak perkara-perkara dibawah yang berlaku pada diri anda :

1. Stress

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.

Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda.

Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.

2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.

3. Kurang pam atau perah

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam).

Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secaradirect. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

6. Penggunaan pil perancang

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Pengambilan pil antibiotik

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

8. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.

Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Diatas adalah antara sebahagian punca-punca yang menyebabkan susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang, barulah kita cari jalan penyelesaian kerana saya nak anda tahu milk booster bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum.

Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang konsisten.

Slimming Set Shaklee Sentiasa Selamat & Berkesan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Alhamdulillah, semakin ramai ibu-ibu yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan slimming set Shaklee.

Menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang tidak mengamalkan senaman. Dengan itu pengambilan suplement untuk membantu dalam mempercepatkan pembakaran lemak adalah langkah terbaik.

Justeru itu, dengan pengambilan slimming set Shaklee sememangnya sangat membantu bagi mereka yang betul-betul serius dalam menurunkan berat badan.

Apa yang terkandung dalam slimming set Shaklee?

Di dalam slimming set Shaklee terdapat lecithin yang berfungsi untuk memecahkan lemak, protein untuk meningkatkan metabolisme badan, dan mengelakkan badan naik semula dengan mudah dan juga detox yang berfungsi membuang semua lemak-lemak yang telah dipecahkan tadi.

Dengan itu, lemak-lemak ini akan  diangkut keluar daripada badan. Maka bermulalah proses pelangsingan badan yang mana size xxxL ke size L, M, S mengikut target yang anda mahukan.

Jom share testimoni..menurut Acik Zaa'Din..berat badan beliau berjaya turun 3kg hanya dengan mengamalkan lecithin dan alfalfa..wow!!!! so amazing!!
slimming set shaklee Testimoni dari ainul fadzillah mustafa

Seronok kan baca testimoni mereka yang telah berjaya? Alhamdulillah, anda bila lagi?

Slimming set Shaklee terdiri daripada 3 komponen yang lengkap

  • Lecithin
  • Cinch
  • Herblax


Bagi yang menyusukan anak, slimming set yang sesuai dan selamat digunakan

  • Lecithin
  • ESP / Mealshake
  • Herblax

Senaman Yang Disarankan Sepanjang Tempoh Kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman.

Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi.

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung.

Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung.

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.

senaman berjalan ibu hamil

Berjalan

Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda.

Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.


senaman berenang ibu hamil 
Renang

Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung.

Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.

Kelas senaman air

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

senaman Yoga ibu hamil

Yoga dan regangan

Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.


senaman pilates ibu hamil
Pilates

Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam.

Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung.

Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.

senaman angkat berat ibu hamil

Senaman angkat berat

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 
senaman tarian ibu hamil
Tarian

Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda.

Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

Aerobik berimpak rendah dan Fitball

Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

Bengkak Susu (Mastitis)

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

bengkak susu

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Gejala- Gejala Mastitis

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih
Sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda.

Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang berisiko

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Bila anda perlu jumpa doktor

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan.

Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan Mastitis di rumah

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-
  • Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
  • Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
  • Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
  • Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
  • Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
  • Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
  • Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
  • Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan
  • Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  • Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
  • Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
  • Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
  • Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

GLA Kompleks Membantu Kehamilan?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.


“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya"

gla membantu kehamilan


Oleh itu sangat penting bagi seseorang wanita yang mengalami masalah kelewatan datang haid atau tidak datang haid untuk membuat ultrasound scanning - ianya penting bagi mengesan cyst atau ketumbuhan yang merbahaya yang mugkin boleh berlaku.

Jika tidak mempunyai sebarang penyakit, syukur Alhamdulillah..Apa yang  anda perlu lakukan adalah dengan menjaga corak pemakanan anda, memastikan rehat yang secukupnya serta mengambil suplement untuk membantu menstabilkan hormon dalam tubuh badan anda.

Dengan itu anda seharusnya mencuba GLA SHAKLEE. InsyaAllah..pengambilan GLA Shaklee yang konsisten mampu membantu menstabilkan hormon wanita disamping melegakan kesakitan yang sering berlaku sebelum atau ketika haid.



Bagaimana GLA membantu anda untuk cepat hamil?

GLA mampu menurunkan kolesterol dan membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.

Bagaimana GLA membantu merawat PMS (senggugut)?

Apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, simptom ini berlaku akibat kekurangan GLA (Gama Linolenic Acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi kekurangan GLA itu tadi, pengambilan GLA complex adalah sangat diperlukan.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Biasanya sekali dalam tempoh sebulan seseorang  wanita akan menghasilkan cecair yang sebegitu menunjukkan waktu subur. Namun tak semua cecair yang dihasilkan "subur".



Disinilah fungsi GLA membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan dan seterusnya dapat membantu sperma untuk berenang ke uterus, dan menuju ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam falopio selama 5 hari. 

Jadi kepada puan-puan yang masih belum dikurniakan anak, cubalah periksa cecair serviks anda. Sekiranya anda dapati cecair itu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan. Kesimpulannya sangat penting untuk megetahui dan mengenali "cecair kesuburan" ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagi yang dah subur bila ambil GLA adakah ertambah-tambah subur? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, untuk yang dah sememangnya subur, tak la bertelur sampai 2 hingga 3 kali ye..

Jom share testimoni daripada customer kami..

Testimoni 1



Testimoni 2

Best kan mommies..Sesungguhnya kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segala-galanya, yang penting kita sebagai hamba-Nya jangan cepat berputus asa.

7 Sebab Mengapa Ujian Kehamilan Positif Tetapi Anda Tidak Hamil

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil.

Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil.

Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;


ujian kehamilan


1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat.

Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat

Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal.

Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.

Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Set Berpantang @ Set C

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini.

Search