Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Ibu. Show all posts
Bengkak Susu (Mastitis)
Share +
Penyusuan Ibu,
Tips Penyusuan,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.
Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.
Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.
Gejala- Gejala Mastitis
Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
- Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
- Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
- Payudara menjadi bengkak
- Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
- Kulit payudara menjadi merah
- Demam 38 C atau lebih
Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda.
Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.
Siapa yang berisiko
Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
- Puting sakit atau luka
- Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
- Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
- Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan.
Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.
Rawatan Mastitis di rumah
Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.
Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-
- Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
- Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
- Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
- Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
- Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
- Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
- Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
- Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan
Pencegahan
- Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
- Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
- Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
- Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
- Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.
- No comments:
5 Cabaran Penyusuan Ibu
Share +
Breastfeeding,
Penyusuan Ibu,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Assalamualaikum n salam sejahtera...^_^
Mengimbau zaman kanak-kanak dulu..hehe...bila nampak mak saye menyusukan adik...dalam kepala otak ni mesti dok cakap "emmm...mesti mak x cukup duit nak beli susu" masa tu...sayu je hati tengok...dalam hati sempat lg berangan..kalau la kakak bnyak duit...dah lame kakak belikan banyak2 susu formula..x payah mak susah susah nak nyusukan adik lg.ops...kakak tu panggilan manje sayer dlm keluarge..hihi..saya ingatkan susu ibu adalah untuk orang-orang yang susah coz x mampu nak beli n susu formula plak untuk orang-orang dalam kategori kaya..hihi...tapi itu dulu...bila dah mengandungkan harraz n banyak baca majalah tentang keibubapaan...barulah tau..susu ibu ni bnyk sgt kelebihan untuk ibu n anak..tu blum tambah lg kelebihan n ganjaran yang Allah bagi..Sesungguhnya Allah Maha Besar...semahal mane pun susu formula...kelebihannya x kan setanding dgn susu ibu..
Bila dah tau tentang kelebihan susu ibu ni...sejak harraz dalm perut lagi sy dah tanamkan azam...sy nak anak sy full bf sampai 2 tahun..so..persediaan mental dah siap sedia..persediaan dari segi material pun sy dah sediakan...beli breast pump..beli cooler bag...beli buku2 panduan...Alhamdulillah...sampai skrg ni...walaupun harraz dah mencecah 9 bulan..masih full bf lg...syukur pada Mu Ya Allah...moge rezeki yang Allah bagi ni sentiasa mencurah-curah sampai umur harraz mencecah 2 tahun...
Walaupun susu ibu ni banyak kelebihannya..hakikatnya bukan mudah seperti yang disangka..cabaran yang paling besar adalah persepsi orang sekeliling..Jom kite tengok..
1) Orang Sekeliling:
Faktorpaling penting, suami kena bagi sokongan 100%. Kalau suami jenis yang tak kisah, memang payah. Sebab itu golongan2 bapa pun sebenarnya kena tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ini. Lepas suami, selalunya akan ada halangan dari ibubapa sendiri, dan ibubapa mertua. Selalunya bila baby menangis2, diorang akan kata “baby tak kenyang tu, susu kau je mana cukup, kena tambah dengan susu formula“. Dan tambah pula dengan kata2 dari kawan2 “Dah kerja nanti kau bagi je anak kau susu formula, senang! Tak payah nak pam2“. Lepastu tambah pula dengan babysitter yang tak mahu jaga baby yang minum susu ibu, sebab katanya susah nak diuruskan.
Alhamdulillah...dikurniakan en.suami yang sgt memahami dan sentiasa support sy 100% untuk menyusukan si kecik harraz ni..en.suamilah yg sibuk pasang2 alat breastpump tu...sy dok gelak jer tengok die yg bersemangat walaupun baby dalam perut lg mase tu..heheh..bila balik kampung plak...nampak anak nangis jer mak mesti cakap"anak ko x kenyang tu..g la beli nestum campur ngan susu...mesti die suke" huwaaaa....rase nk menangis jer bile mak ckp cam tu...rase cam give up..sy cakap balik kat mak"x bleh mak..dokt ckp...harraz kene minum susu ibu gak..x leh campur2..." heheh..pas tu mak sy senyap...kui2...nasib baik ad kekuatan..kalau ikut nk senang mmg dah lame cair dah...hihi
2) Bengkak Susu:
Bengkak susu ni sy kene mase dalam pantang lg...sampai demam2..huhu...owg2 tua kate bentan susu..sampai rase nk mati pun ade..badan menggigil2..merengek2 cam budak kecik..cam tu rupenyer rase bentan susu yer..nasib baik en.suami ader...die yg uruskan anak...hihi..soknyer nenek sy urut cik b sy...n terus pam..bg kat anak pkai botol coz mmg x larat...nasib baik semangat masih kental lg..hihi..
3) Sakit Belakang:
Fuh!!! sakit belakang ni Tuhan jer tau...tiap2 malam berjager...baru nk lelap mata..baby dah uwek uwek nk mintak susu..klu ingat nk senang mase tu..nk bancuh je susu dlm botol..sumbat je dlm mulut baby..tp berbekalkan semangat yg ade...bangun gak..pinjam badan en.suami..wat menyandar..haha...baru adil...samer2 x tido...
4) Puting Luka:
Maaf jika perkataan ‘puting’ tu buat sesiapa rasa tak selesa. Tapi inilah hakikatnya. Mula2 dulu luka sebab pam guna suction yang tinggi, tapi sekarangni ni pula luka sebab kena gigit.
5) Malu Nak Menyusu di Tempat Awam:
Masa mula-mula dulu...ni la yg sy risaukan..camner nk menyusu kat tempat2 awam..kdg2 bawak dalam sebotol dua yg dah perah..siap dgn cooler bag n thermos skali untuk panaskan susu..hihi...tp mase tu x tau ade jual baju khas untuk ibu menyusu n nursing wear..bile dah tau...heheh..pantang ad duit...mst nk g shoping kat mumsdreams..siap wat koleksi lg..ngeh2..n klau g shoping2 complex jer..x yah nk risau..coz diowg da sdiakan bilik2 khas untuk ibu menyusu...rase hepy jer...
Ada banyak lagi cabarannya, tapi saya dak larat nak taip. Apa kata kawan2 pula kongsikan cabaran yang dihadapi di bahagian komen kat bawah ini.
supaya lebih ramai yang tahu tentang cabaran2 yang kita hadapi ini. Semoga mereka akan lebih memahami. Dan semoga lebih ramai yang akan berazam untuk menyusukan anak2 mereka kelak, InsyaAllah, sama2 kita doakan. ^_^
.Petua Memeriahkan susu ibu
Share +
Breastfeeding,
Penyusuan Ibu,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Salam momies..moge hari ni lebih baik daripada semalam.. dan semoga momies semua dalam lindungan Allah hendak-Nya..Hari ni saya nak berkongsi tips untuk memeriahkan lagi susu ibu..Artikel ini saya ambik dari laman web Ratuhati.com di mana artikel ini amat sesuai di kongsi bersama pembaca sekalian.
Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.
Antara penyebab susu tidak mencukupi
- Teknik penyusuan yang salah.
- Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
- Pemakanan tidak seimbang.
- Tekanan.
- Tidak cukup rehat/tidur.
- Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
- Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
- Teknik pam/perah yang salah.
- Jenis pam yang tidak cekap.
untuk menyelesaikannya….
Yakin Diri
- Betulkan sikap anda. Yakin yang anda boleh menyusukan anak anda.
Teknik Yang Betul
- Betulkan teknik penyusuan anda.
Minta bantuan doktor, jururawat, pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman.
Betulkan posisi bayi anda. Pastikan bayi menyusu dengan hampir keseluruhan areola masuk ke dalam mulutnya. - Pastikan bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.
- Susukan bayi di kedua-dua belah buah dada.
Ransangan Daripada Bayi Penting
- Susukan bayi jam pertama kelahirannya semasa bayi masih peka akan persekitarannya.
- Susukan bayi anda on-demand (bila bayi perlukan) bukan mengikut masa
- Susukan bayi dengan kerap walaupun tidak diminta.
- Jangan menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi. Sebaliknya, susukannya.
- Tidur bersama bayi di waktu malam.
Susukan bayi walaupun anda terpaksa berjaga. Kandungan prolaktin yang membantu penghasilan susu adalah tinggi antara pukul 1 hingga 5 pagi. - Berikan bayi makanan pelengkap dengan cara yang betul.
- Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
Rehat dan Jauhi Tekanan
- Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
- Elakkan dan uruskan tekanan di tempat kerja atau di rumah
Jika sakit, dapatkan rawatan
- Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
Urutan Juga Membantu
- Urut buah dada anda ketika anda menyusukan bayi.
- Jika anda mengurut dalam pantang, minta bidan urut untuk ‘membuka urat susu’ supaya aliran susu badan lancar.
Pemakanan
- Minum air secukupnya.
Air perlu untuk menggantikan air daripada badan anda yang hilang. Anda boleh menyediakan satu bekas air di tempat biasa anda menyusu supaya anda boleh minum ketika menyusu. - Makan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan kuantiti secukupnya.
Ibu menyusu perlukan lebih kurang 500 kalori tambahan berbanding ketika tidak menyusu. Jangan kurangkan makan untuk menjaga badan. Makan snek yang berkhasiat jika lapar. - Teruskan pengambilan vitamin yang anda ambil semasa hamil.
- Elakkan mengambil pil perancang jenis progestin sahaja.
Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.
Jadi saya harap dengan adanya artikal ini dapatlah kita info serba sedikit. semoga dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menyusu anak lebih lama yang di jangka…
by: https://www.facebook.com/mamaharraz
https://www.facebook.com/liasweetmommy
Set Penyusuan Mana Yang Sesuai?
Share +
Breastfeeding,
Eu-Four Set,
Penyusuan Ibu,
Set 3M,
Set B,
Tips Penyusuan,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.
Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..
Set 1 - Set B
- Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
- Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
- Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
- Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
- Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
- Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
- Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa
Set 2 - Eu-Four Pack
- Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
- Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
- Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
Set 3 - Set E
- Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
- Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
- Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
- Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
- Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
- Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster
Set 4 - Set 3M
- Mengandungi set B, kalsium dan ESP
- Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
- Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
- Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat
- Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya
Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.
Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?
Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya". Subhanallah...
Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul.
Tips Memulakan Penyusuan Ibu
Share +
Breastfeeding,
Penyusuan Ibu,
Tips Penyusuan,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira.
Saya pasti semua ibu menyimpan hasrat menyusukan sendiri selama mana yang boleh. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
- Tenang dan yakin anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
- Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
- Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
- Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
- Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
- Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
- Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
- Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
- Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
- Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
- Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
- Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 3L sehari untuk memastikan susu dihasilkan dengan lancar dan banyak
- Ambil supplement bagi memastikan anda dalam keadaan yang cukup sihat dan badan bersedia menghasilkan susu yang banyak.
Tips Tingkatkan Penghasilan Susu ~ Power Pumping
Share +
Breastfeeding,
Penyusuan Ibu,
Teknik Memerah Susu,
Tips Penyusuan,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Ramai yang bertanya pada saya bagaimana caranya nak tingkatkan penghasilan susu. Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping. Mari kita lihat apa tu power pumping ya.
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik.
Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
- Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu!
Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
*** Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya,
InsyaAllah susu tak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Set Eu-Four Pack
Share +
Breastfeeding,
Breastfeeding Set,
Eu-Four Set,
Penyusuan Ibu,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Sejak dilancarkan Isnin lepas, alhamdulillah banyak pertanyaan dan order yang diterima. Ramai yang sukakan set ini, sebab ada antara ibu-ibu yang anaknya alah dengan alfalfa .
Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.
Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:
1) Vitamin B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.
2) Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.
3) Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
4) Kalsium
Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti?
Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee.
Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.
Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Apapun, jika ditanya set mana yang lebih bagus dan selamat antara set B dan Eu-Four Pack, saya akan cadangkan Eu-Four Pack. Ini kerana kalsium sangat diperlukan dalam proses penyusuan. Dan uniknya kalsium (Ostematrix) Shaklee ini, ia terdapat magnesium yang berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan kita secara efektif.
Apa Istimewanya Set Eu-Four Pack?
- Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk meningkatkan penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak
- Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan rasa kejang ketika hamil dan memenuhi keperluan kalsium harian
- Sangat bagus untuk melegakan sakit-sakit sendi dan tulang, bisa-bisa yang dirasai di tangan atau kaki, sakit belakang dan sakit lutut
- Sangat bagus diberikan kepada ibu bapa kita supaya hilanglah sakit-sakit lutut / sendi / tulang mereka
- Sangat bagus diberi kepada suami / isteri untuk kesihatan dan memberi tenaga
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ini, jom kita tengok kandungannya:
1) Vitamin B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.
2) Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.
3) Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
4) Kalsium
Kalsium sangat penting bagi ibu-ibu menyusu. Ini kerana susu ibu itu sendiri komponen utamanya ialah kalsium dan protein.Jika ibu tidak mengambil kalsium secukupnya,bagaimana badan ibu itu hendak menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti?
Disebabkan itu, ibu-ibu digalakkan minum susu secukupnya dan makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti ikan bilis. Ada juga yang yang alah dan tidak suka minum susu, maka pilihan yang paling bijak ialah dengan mengambil Ostematrix (Kalsium) Shaklee.
Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, jumlah kalsium yang diperlukan oleh badan. Dan telah terbukti,pengambilan kalsium dalam diet harian dapat membantu ibu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak, di samping menghilangkan sakit-sakit sendi dan tulang yang turut dirasai oleh kebanyakkan ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda sangat-sangat digalakkan mengambil Energizing Soy Protein(ESP) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.
Sila hubungi saya untuk konsultasi percuma.
Kebaikkan Penyusuan Ibu
Share +
Breastfeeding,
Penyusuan Ibu,
Rate this Post:
{[['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
'], ['
', '
', '
']]}Permalink:
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural.
Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis.
Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Penyusuan bayi juga baik untuk ibu
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
Imam Syafie berkata,
Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis.
Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Penyusuan bayi juga baik untuk ibu
Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal.
Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
- Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
- Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
- Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
Imam Syafie berkata,
Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan.
Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
- Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
- Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.








ermilia adnan