{ ermilia } Menu

Impak daripada sikap ibu bapa terhadap ibu mengandung kepada bayi setelah dilahirkan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

POSITIF

Ibu Bapa rajin membaca Al-Quran : Dapat Anak Yang Bijak

Ibu Bapa Rajin Bersedekah : Hati Anak Lembut

Ibu Bapa Mengawal Emosi : Dapat Anak Soleh Solehah dan Pandai Mengawal Keadaan

Ibu Bapa Tidak Meninggalkan Solat : Anak Mudah Mendapat Hidayah

NEGATIF
Ibu Bapa sering bertengkar : Anak menjadi Ganas dan Panas Baran

Ibu mengidam benda pelik : Petanda Tidak Baik Terhadap Sikap Anak

Ibu Curang : Anak menjadi Penderhaka dan gemar maksiat

5 Cabaran Penyusuan Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Assalamualaikum n salam sejahtera...^_^

Mengimbau zaman kanak-kanak dulu..hehe...bila nampak mak saye menyusukan adik...dalam kepala otak ni mesti dok cakap "emmm...mesti mak x cukup duit nak beli susu" masa tu...sayu je hati tengok...dalam hati sempat lg berangan..kalau la kakak bnyak duit...dah lame kakak belikan banyak2 susu formula..x payah mak susah susah nak nyusukan adik lg.ops...kakak tu panggilan manje sayer dlm keluarge..hihi..saya ingatkan susu ibu adalah untuk orang-orang yang susah coz x mampu nak beli n susu formula plak untuk orang-orang dalam kategori kaya..hihi...tapi itu dulu...bila dah mengandungkan harraz n banyak baca majalah tentang keibubapaan...barulah tau..susu ibu ni bnyk sgt kelebihan untuk ibu n anak..tu blum tambah lg kelebihan n ganjaran yang Allah bagi..Sesungguhnya Allah Maha Besar...semahal mane pun susu formula...kelebihannya x kan setanding dgn susu ibu..

Bila dah tau tentang kelebihan susu ibu ni...sejak harraz dalm perut lagi sy dah tanamkan azam...sy nak anak sy full bf sampai 2 tahun..so..persediaan mental dah siap sedia..persediaan dari segi material pun sy dah sediakan...beli breast pump..beli cooler bag...beli buku2 panduan...Alhamdulillah...sampai skrg ni...walaupun harraz dah mencecah 9 bulan..masih full bf lg...syukur pada Mu Ya Allah...moge rezeki yang Allah bagi ni sentiasa mencurah-curah sampai umur harraz mencecah 2 tahun...

Walaupun susu ibu ni banyak kelebihannya..hakikatnya bukan mudah seperti yang disangka..cabaran yang paling besar adalah persepsi orang sekeliling..Jom kite tengok..

1) Orang Sekeliling:
Faktorpaling penting, suami kena bagi sokongan 100%. Kalau suami jenis yang tak kisah, memang payah. Sebab itu golongan2 bapa pun sebenarnya kena tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu ini. Lepas suami, selalunya akan ada halangan dari ibubapa sendiri, dan ibubapa mertua. Selalunya bila baby menangis2, diorang akan kata “baby tak kenyang tu, susu kau je mana cukup, kena tambah dengan susu formula“.  Dan tambah pula dengan kata2 dari kawan2 “Dah kerja nanti kau bagi je anak kau susu formula, senang! Tak payah nak pam2“. Lepastu tambah pula dengan babysitter yang tak mahu jaga baby yang minum susu ibu, sebab katanya susah nak diuruskan.

Alhamdulillah...dikurniakan en.suami yang sgt memahami dan sentiasa support sy 100% untuk menyusukan si kecik harraz ni..en.suamilah yg sibuk pasang2 alat breastpump tu...sy dok gelak jer tengok die yg bersemangat walaupun baby dalam perut lg mase tu..heheh..bila balik kampung plak...nampak anak nangis jer mak mesti cakap"anak ko x kenyang tu..g la beli nestum campur ngan susu...mesti die suke" huwaaaa....rase nk menangis jer bile mak ckp cam tu...rase cam give up..sy cakap balik kat mak"x bleh mak..dokt ckp...harraz kene minum susu ibu gak..x leh campur2..." heheh..pas tu mak sy senyap...kui2...nasib baik ad kekuatan..kalau ikut nk senang mmg dah lame cair dah...hihi

2) Bengkak Susu:
Bengkak susu  ni sy kene mase dalam pantang lg...sampai demam2..huhu...owg2 tua kate bentan susu..sampai rase nk mati pun ade..badan menggigil2..merengek2 cam budak kecik..cam tu rupenyer rase bentan susu yer..nasib baik en.suami ader...die yg uruskan anak...hihi..soknyer nenek sy urut cik b sy...n terus pam..bg kat anak pkai botol coz mmg x larat...nasib baik semangat masih kental lg..hihi..

3) Sakit Belakang:
Fuh!!! sakit belakang ni Tuhan jer tau...tiap2 malam berjager...baru nk lelap mata..baby dah uwek uwek nk mintak susu..klu ingat nk senang mase tu..nk bancuh je susu dlm botol..sumbat je dlm mulut baby..tp berbekalkan semangat yg ade...bangun gak..pinjam badan en.suami..wat menyandar..haha...baru adil...samer2 x tido...

4) Puting Luka:
Maaf jika perkataan ‘puting’ tu buat sesiapa rasa tak selesa. Tapi inilah hakikatnya. Mula2 dulu luka sebab pam guna suction yang tinggi, tapi sekarangni ni pula luka sebab kena gigit.

5) Malu Nak Menyusu di Tempat Awam:
Masa mula-mula dulu...ni la yg sy risaukan..camner nk menyusu kat tempat2 awam..kdg2 bawak dalam sebotol dua yg dah perah..siap dgn cooler bag n thermos skali untuk panaskan susu..hihi...tp mase tu x tau ade jual baju khas untuk ibu menyusu n nursing wear..bile dah tau...heheh..pantang ad duit...mst nk g shoping kat mumsdreams..siap wat koleksi lg..ngeh2..n klau g shoping2 complex jer..x yah nk risau..coz diowg da sdiakan bilik2 khas untuk ibu menyusu...rase hepy jer...

Ada banyak lagi cabarannya, tapi saya dak larat nak taip. Apa kata kawan2 pula kongsikan cabaran yang dihadapi di bahagian komen kat bawah ini.
supaya lebih ramai yang tahu tentang cabaran2 yang kita hadapi ini. Semoga mereka akan lebih memahami. Dan semoga lebih ramai yang akan berazam untuk menyusukan anak2 mereka kelak, InsyaAllah, sama2 kita doakan. ^_^
.




Bencana Ketika Berpantang

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

“… Isteri-isteri kalian itu adalah sebagai pakaian bagi kalian dan kalian pula sebagai pakaian bagi mereka…” [Al-Baqarah 2: 187]


Terlalu banyak kes yang berlaku, rumahtangga dipukul badai semasa isteri mengandung dan berpantang. Ada masanya, seorang suami tidak dapat mengadakan hubungan intim dengan isterinya pada suatu tempoh yang amat panjang atas sebab yang pelbagai.
Ada isteri yang alah kepada bau suami semasa mengandung! Besar sungguh ujiannya.
Ada isteri yang dingin dan hilang keinginan tatkala dirinya berbadan dua. Suami menderita dan dirinya bersahaja.
Dan tidak dinafikan suami dan isteri ‘tidak berpengetahuan’ tentang kaedah-kaedah yang diharuskan oleh Syara’ untuk mereka bersama dalam keadaan diri yang terbatas.

PENGETAHUAN TENTANG SEKS
“Berhentilah melucahkan seks!”,
Melucahkan seks bermaksud menjadikan seks sebagai subjek yang taboo, menjadi bahan ketawa dan senyum senget atas pelbagai persepsi mengenainya. Malah mungkin dianggap ‘gatal’ atau ‘gelenyar’ mengikut istilah Pantai Timur, tatkala seks mahu diperkatakan.
Lebih buruk, apabila seks menjadi bahan gurau senda dan bahan ketawa, hingga hilang kehormatan dan maruah subjek seks untuk ia diajar dan dipelajari.
Fikirkanlah bagaimana seorang suami yang jahil tentang kaedah intimasi mereka, berdepan dengan situasi yang menghalang mereka daripada mengadakan hubungan intimasi dek keterbatasan pengetahuan tentang cara, pilihan dan ruang-ruang yang diberikan oleh Islam.
Isteri mengandung.
Isteri berpantang dengan nifas.
Suami yang lemah tenaga batin.
Suami yang keletihan akibat tekanan kerja.
Kesemua situasi ini merupakan rutin atau masalah biasa yang mendatangi kehidupan berumahtangga dari semasa ke semasa. Bagaimanakah keadaan hubungan suami isteri, jika timbul sahaja keadaan seperti ini, mereka mengalah daripada melaksanakan salah satu maksud perkahwinan iaitu memenuhi naluri seksual seorang lelaki dan perempuan?
Ini belum mengambil kira soal tiadanya ransangan-ransangan yang sepatutnya menjadi hiasan hubungan antara suami dan isteri.
Isteri siang malam berbaju kelawar bertepek muka dengan bedak sejuk, tangan berbau bawang dan sanggul senget benget berikat gelung getah kuning. Suami pula selekeh dengan singlet Pagoda®, berkain pelekat, berbau hapak dan berjanggut berjambang tidak dikemas.
Apakah nilai rumahtangga yang ada pada suami dan isteri seperti ini?

ANTARA HAK DAN PERANAN
Namun, semua ini sulit untuk berfungsi dengan baik di dalam sebuah rumahtangga apabila masing-masing bercakap tentang hak dan bukannya peranan. Siapakah yang sepatutnya menunaikan hak isteri jika suami menolak peranan dengan alasan letih, sibuk, atau dengan celanya memberikan alasan “mana ada Tuhan laknat suami yang menolak isteri!” Astaghfirullah al-Azeem.
Siapakah yang sepatutnya menunaikan hak suami jika isteri menolak peranan dengan alasan letih, alah, mengandung, berpantang dan lain-lain?
Akan tetapi jika suami dan isteri kembali kepada konsep hidup memberi, dan lebih memikirkan peranan berbanding hak yang diminta tunai itu, maka suami akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan isteri dan tidak dirinya. Seorang isteri akan memainkan peranannya, walaupun sekadar untuk memenuhi keperluan suami dan tidak dirinya.

Sunnah mengajar kita bagaimana ketika Aisyah Radhiyallahu ‘anha berada dalam keadaan berhadas besar (berhaidh), Nabi Muhammad Sallallahu ‘alayhi wa sallam meminta Aisyah memakai pakaian yang khusus agar baginda dapat bermesra dengan isterinya tanpa melanggar batas-batas syara’. Malah Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam juga pernah mencium isteri baginda ketika berpuasa.
Hal-hal ini terakam dengan baik di dalam Sunnah Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.

BERCAKAP TENTANG SEKS DENGAN PASANGAN
Justeru dalam keterbatasan sumber yang membelenggu kita, kaedah terbaik ialah dengan berbincang dan bercakap dengan pasangan masing-masing tentang keinginan suami dan isteri. Jangan terasa aib untuk berbincang dengan isteri berkenaan dengan perkara-perkara yang boleh membantu suami memenuhi keinginan dirinya, selagi mana hal ini berada dalam lingkungan keharusan syara’.  Tanyalah suami, apakah bentuk layanan yang beliau mahukan agar keinginan dapat ditunaikan, tanpa perlu beliau itu liar kemahuannya meninggalkan yang halal mencari yang haram.
Jangan pula begitu selamba berlawak dan bersembang lucah di tempat kerja, tetapi malu dengan pasangan sendiri! Kalau dengan kawan bukan main lagi, tetapi dengan suami sendiri atau isteri sendiri, terasa beku, kaku dan buntu. Jika Islam melarang suami isteri bercakap tentang seks semasa ihram, ertinya di luar ihram, jadikanlah seks sebagai sebahagian daripada perkara yang diperkatakan antara suami dan isteri.
Jangan lucah di daerah yang haram, terpinga-pinga di medan yang halal. Nanti dilaknat Tuhan!
Renung-renugkanlah dan selamat beramal!!!

Sumber: Saifulislam.com


Search