{ ermilia } Menu

Petua Memeriahkan susu ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Salam momies..moge hari ni lebih baik daripada semalam.. dan semoga momies semua dalam lindungan Allah hendak-Nya..Hari ni saya nak berkongsi tips untuk memeriahkan lagi susu ibu..Artikel ini saya ambik dari laman web Ratuhati.com di mana artikel ini amat sesuai di kongsi bersama pembaca sekalian.

Salah satu daripada masalah penyusuan susu ibu adalah susu yang tidak mencukupi. Masalah ini kerap berlaku terutamanya terhadap ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayinya dan terpaksa mengepam.
Antara penyebab susu tidak mencukupi
  • Teknik penyusuan yang salah.
  • Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
  • Pemakanan tidak seimbang.
  • Tekanan.
  • Tidak cukup rehat/tidur.
  • Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
  • Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
  • Teknik pam/perah yang salah.
  • Jenis pam yang tidak cekap.
untuk menyelesaikannya….

Yakin Diri
  • Betulkan sikap anda. Yakin yang anda boleh menyusukan anak anda.
Teknik Yang Betul
  • Betulkan teknik penyusuan anda.
    Minta bantuan doktor, jururawat, pakar laktasi atau ibu-ibu lain yang berpengalaman.
    Betulkan posisi bayi anda. Pastikan bayi menyusu dengan hampir keseluruhan areola masuk ke dalam mulutnya.
  • Pastikan bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsang pengeluaran susu sebelum menukarkannya ke sebelah lagi.
  • Susukan bayi di kedua-dua belah buah dada.
Ransangan Daripada Bayi Penting
  • Susukan bayi jam pertama kelahirannya semasa bayi masih peka akan persekitarannya.
  • Susukan bayi anda on-demand (bila bayi perlukan) bukan mengikut masa
  • Susukan bayi dengan kerap walaupun tidak diminta.
  • Jangan menggunakan puting kosong untuk menenangkan bayi. Sebaliknya, susukannya.
  • Tidur bersama bayi di waktu malam.
    Susukan bayi walaupun anda terpaksa berjaga. Kandungan prolaktin yang membantu penghasilan susu adalah tinggi antara pukul 1 hingga 5 pagi.
  • Berikan bayi makanan pelengkap dengan cara yang betul.
  • Jika sudah mula memberi bayi susu formula, kurangkan kekerapannya, dan kerapkan memberi susu badan.
Rehat dan Jauhi Tekanan
  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
  • Elakkan dan uruskan tekanan di tempat kerja atau di rumah
Jika sakit, dapatkan rawatan
  • Dapatkan rawatan untuk penyakit seperti thyroid, demam dan anemia.
Urutan Juga Membantu
  • Urut buah dada anda ketika anda menyusukan bayi.
  • Jika anda mengurut dalam pantang, minta bidan urut untuk ‘membuka urat susu’ supaya aliran susu badan lancar.
Pemakanan
  • Minum air secukupnya.
    Air perlu untuk menggantikan air daripada badan anda yang hilang. Anda boleh menyediakan satu bekas air di tempat biasa anda menyusu supaya anda boleh minum ketika menyusu.
  • Makan makanan berkhasiat dan pelbagai dengan kuantiti secukupnya.
    Ibu menyusu perlukan lebih kurang 500 kalori tambahan berbanding ketika tidak menyusu. Jangan kurangkan makan untuk menjaga badan. Makan snek yang berkhasiat jika lapar.
  • Teruskan pengambilan vitamin yang anda ambil semasa hamil.
  • Elakkan mengambil pil perancang jenis progestin sahaja.
    Gunakan pil perancang yang bersesuaian seperti Noriday.
Jadi saya harap dengan adanya artikal ini dapatlah kita info serba sedikit. semoga dapat mencapai cita-cita dan impian untuk menyusu anak lebih lama yang di jangka…


 by: https://www.facebook.com/mamaharraz
      https://www.facebook.com/liasweetmommy









Kenapa ESP Menjadi Pilihan Ramai dan Menjadi Hot Seller Shaklee??

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

  • Membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan.
  • Energy Booster yang tahan berjam-jam.
  • Menyediakan 14 gm protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan (yang xdapat dibuat sendiri oleh badan)
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
  • Kajian menunjukkan yang soya membantu menstabilkan hormon semasa peralihan ke monopaus.
  • TIADA perasa, pewarna tiruan, pemanis, atau bahan tambahan selainnya.
  • TIADA caffeine.
  • Sesuai untuk VAGETARIAN.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya segera untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut serta diskaun hebat yang menanti.

Meal Shakes - Membantu anak-anak anda membesar dengan sihat...

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seringkali kita mengeluh bila anak-anak yang masih kecil kurang berselera makan, mudah dijangkiti penyakit seperti demam, batuk, selsema dan sebagainya. Bermacam-macam kita telah beri tetapi tidak membuahkan hasil. Makin mudah kena jangkitan sekiranya kita hantar anak ke taska. Almaklumlah..bila semua anak-anak sudah bercampur..yang sakit dan yang sihat..yang sihat pun akan jadi sakit. Ini kerana daya ketahanan diri anak-anak masih lemah, oleh itu terlalu mudah untuk dijangkiti penyakit.

Mungkin sesetengah daripada kita mengambil ringan perkara ini..al-maklumlah..bermacam-macam produk kesihatan yang ada di pasaran sekarang ni, yang penting kita bukanlah mengambil ubat..tetapi membina daya ketahanan badan agar tidak mudah dijangkiti penyakit.

Meal Shakes adalah jawapannya!!
Apa Istimewanya Meal Shakes??? Jom kita kongsikan bersama..
  • Dapat meningkatkan selera makan anak.
  • Meningkatkan sistem imun anak, dengan itu anak anda tidak mudah dijangkiti demam, batuk atau selsema.
  • Jika anak anda demam / selsema lazimnya lebih cepat sihat daripada biasa.
  • Dapat mengurangkan eczema dikalangan kanak-kanak mahupun dewasa.
  • Mencantikkan struktur kulit.
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan.
Alhamdulillah...saya telah memperkenalkan Meal Shakes pada rakan-rakan, dan sekarang anak-anak mereka tidak mudah dijangkiti penyakit seperti sebelumnya dan terus mengamalkannya sehingga kini..Rata-rata customer yang mencuba Meal Shakes sangat berpuas hati dengan kesannya..Alhamdulillah...semoga sihat selalu..

Anda masih ragu-ragu? jom kita lihat testimoni-testimoni mereka yang telah mencuba ya..

    Search