{ ermilia } Menu
Showing posts with label Si Comelku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Si Comelku Sayang. Show all posts

10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:


1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)


2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit pe
rut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.


4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.


5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).


6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.


7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).


8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.


9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.


10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda
.

Apakah Kebaikan Apabila Suami Temani Isteri Bersalin?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

  • 1859

Pernahkah anda mendengar program Father Friendly yang dianjurkan oleh hospital bersalin kerajaan atau swasta? Ia adalah program mendidik ibu bapa menempuh saat kelahiran anak. Suami dibenarkan menemani isteri bersalin.  Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?


Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:

- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

KEBAIKAN SUAMI TEMANI ISTERI BERSALIN

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Mulakan penyusuan sebaik sahaja bayi anda dilahirkan.
  • Kajian menunjukkan selepas beberapa minit lahir, bayi dengan automatik akan mencari puting ibu untuk menyusu. Bayi yang ‘self-attached’ akan mengalami kurang masalah dengan penyusuan badan.

2. Jangan mengehadkan tempoh menyusu atau kekerapan bayi anda menyusu.
  • Ramai mengatakan bayi sepatutnya diberi susu setiap 2 jam. Tetapi belajar memahami kehendak bayi anda dan tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda lapar. Susukan bayi anda jika dia mahu.

3. Lekapan (Latch) yang betul antara bayi anda dengan puting memastikan kejayaan proses penyusuan anda.

  • Lekapan yang sempuna adalah kunci kejayaan dalam proses penyusuan badan. Jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar dan pastikan anda tahu cara bagi memastikan bayi anda menyusu dengan sempurna. Puting melecet antara tanda lekapan yang tidak sempurna.

4. Susu formula percuma bukan penyelamat anda.

  • Tujuan utama anda diberikan sampel susu formula percuma adalah untuk menggalakkan anda membeli susu formula keluaran syarikat mereka. Tiada yang lebih berkhasiat selain dari susu ibu. Bayi anda berhak mendapat nutrisi terbaik dan pastikan anda memenuhi hak mereka. Jika bayi anda melekap dengan sempurna, kemungkinan untuk bayi anda menyusu sehingga kenyang adalah tinggi. Jadi, tidak perlu berikan bayi anda susu formula tetapi belajar cara yang betul untuk memastikan bayi anda melekap dengan sempurna.

5. Fahami konsep ‘Supply & Demand’

  • Di sekitar minggu ke 28 kehamilan, badan anda akan mula menghasilkan susu. Jadi, tidak ada alasan kenapa anda tidak boleh memberi bayi anda susu badan sebaik sahaja dia lahir. Untuk memastikan susu badan terus terhasil pastikan anda mengamalkan konsep ‘Supply & Demand’. Badan anda memerlukan rangsangan (Demand) untuk menghasilkan susu (Supply). Rangsangan boleh terjadi melalui hisapan bayi atau pam.

6. Nutrisi sempurna.

  • Nutrisi yang lengkap dan seimbang akan memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum dan secara tidak langsung akan membolehkan badan anda terus menghasilkan susu badan. Komponen utama susu ibu adalah protein, kalsium, vitamin, mineral dan cecair. Pastikan diet harian anda lengkap dengan kesemua komponen ini dan anda tidak akan ada masalah untuk terus menghasilkan susu buat si kecil. Kekurangan nutrisi akan menganggu kesihatan badan ibu dan secara tidak langsung akan mengganggu proses penghasilan susu badan.

7. Tenang, positif, doa dan istiqamah

  • Susu ibu adalah anugerah Allah untuk si kecil. Anda harus sentiasa bertenang, elakkan tekanan emosi yang melampau, sentiasa berfikiran positif bahawa anda mampu menghasilkan susu badan untuk si kecil, sentiasa berdoa dan istiqamah dalam melakukan rangsangan (Demand) agar badan anda mampu menghasilkan susu (Supply).

Jika anda mengalami masalah penyusuan, Set Penyusuan kami mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda. 
Kredit: LifeFit.my

APAKAH PUNCA PENGHASILAN SUSU IBU MERUDUM?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Penyusuan mengikut jadual.
**********************

Ini menggangu proses Demand & Supply kerana badan ibu akan menghasilkan susu mengikut tahap rangsangan yang diterima. Jadi susukan bayi bila sahaja dia lapar.

2. Memendekkan tempoh penyusuan.

***************************
Menghentikan penyusuan sebelum bayi kenyang akan menggangu proses Demand & Supply. Jadi badan ibu kurang dapat rangsangan menyebabkan penghasilan susu berkurangan. Malah di hujung penyusuan susu ibu mengandungi lebih banyak lemak yang membantu bayi menambah berat badan.

3. Bayi kerap tidur

**************
Benar di awal kelahiran, bayi lebih banyak tidur. Jadi kejutkan bayi dan beri dia susu badan sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk meningkatkan rangsangan bagi mengoptimumkan penghasilan susu.

4. Makanan tambahan

****************
Sebaik sahaja ibu mula memberikan bayi susu formula, secara automatik badan ibu mendapat signal untuk mengurangkan penghasilan susu.

5. Memberi bayi minum melalui botol

***************************
Melalui botol, bayi lebih senang minum dan tidak perlu menyedut dengan kuat. Dan bayi memang suka kerana tidak perlu usaha keras untuk minum susu. Tetapi ini juga mengurangkan keinginan untuk menyusu terus dari payudara ibu kerana perlu menyedut lebih kuat. Jadi badan ibu akan kurang rangsangan dan penghasilan susu akan berkurang.

6. Memberi bayi puting tiruan

**********************
Bayi akan keliru dan akan mengurangkan keinginannya untuk menyusua terus dari payudara. Ini menyebabkan badan ibu kurang rangsangan dan penghasilan susu terjejas.

7. Badan ibu kekurangan nutrisi

**********************
Penyusuan yang lancar memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ibu yang mengalami kemuruduman susu berkemungkinan besar tidak mengamalkan diet seimbang atau tidak mendapat nutrisi lengkap. Pengambilan supplement tambahan adalah salah satu pilihan anda.

8. Penggunaan pil perancang

**********************
Penggunaan pil perancang akan mengganggu penghasilan susu. Jadi elakkan pil perancang dalam 2 bulan terawal selepas bersalin. Selepas 2 bulan, anda boleh mulakan dengan pil mini supaya pengambilan boleh dihentikan jika susu mula merudum.

Fakta menarik tentang penyususan susu ibu yang mungkin anda tak tahu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Tahukah mommies semua???

* Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) yang berfungsi memakan kuman. 

* Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin  A (igA) yang berfugsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan. 

* Kandungan susu ibu adalah 88 % air. Oleh itu sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.

* Setiap ibu yang menghasilkan susu ibu, khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah terhadap sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebat kan????

* Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali keadaan perubatan memerlukannya.

* Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

* Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun)

* Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran dalam penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:


Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.




Pemakanan Sihat

Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.
Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.


Banyakkan Ibadat

Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.


Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.


Amalan Bacaan Al-Quran

Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran dan ia dapat melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.


Sentuhan Kasih

Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.


Emosi Terkawal

Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.



Muzik Klasik

Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.



Pengetahuan Asas

Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.



Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.


Latihan Matematik

Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.


sumber: pa & ma

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliat, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan..Ada ketikanya kita jadi resah bila baby bergerak.dan yang sentiasa bermain-main difikiran kita "cukup ke gerakan anak aku ari ni" terutamanya untuk ibu yang hamil untuk kali pertama ..^_^
Jom kita kongsikan bersama pergerakan baby mengikut trimester berdasarkan apa yg sy baca dan sy alami..

Trimester  pertama
=============
Bermula daripada awal kehamilan sehingga penghujing 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi.Ketika ini bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim,ketahuilah bayi anda sudah boleh melonjak tetapi sayangnya...anda tidak dapat merasainya...

Trimester kedua
===========
Pada ketika ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menghentam dan menendang. Pergerakan seperti ini boleh dirasai seawal bulan keempat.Namun kebanyakan ibu tidak perasan kerana ia seperti gerakan angin dan kekejangan otot.
Pada bulan ke-lima pula, kebanyakan ibu-ibu dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti pergerakan akrobatiksebaik sahaja ototnya sudah kuat dan kemahiran motornya berkembang.

Trimester ketiga
===========
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit, namun  bayi masih ada ruang untuk berpusing.Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya kadangkala boleh membuat anda terkejut. Perlu anda ingat, Bayi adalah individu..maka pergerakannya berbeza dengan bayi yg lain. Jadi jangan bandingkan pergerakan bayi anda dengan bayi lain dan anda tidak perlu tertekan seandainya bayi anda kurang aktif.

Pergerakan akhir kehamilan
===================
Pada minggu-minggu terakhir, bayi anda akan berada dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi seolah-olah dirasai seperti sebiji tembikai yg menekan lantai pelvis. Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, segeralah berjumpa doktor.

10 Fakta Menarik Tentang Bayi

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

1. Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

2. Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.
 
3. Warna asal mata ke...banyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.
 
4. Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.
 
5. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.
 
6. Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.
 
7. Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.
 
8. Bayi dilahirkan tanpa lutut.
 
9. Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.
 
10. Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.


Impak daripada sikap ibu bapa terhadap ibu mengandung kepada bayi setelah dilahirkan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

POSITIF

Ibu Bapa rajin membaca Al-Quran : Dapat Anak Yang Bijak

Ibu Bapa Rajin Bersedekah : Hati Anak Lembut

Ibu Bapa Mengawal Emosi : Dapat Anak Soleh Solehah dan Pandai Mengawal Keadaan

Ibu Bapa Tidak Meninggalkan Solat : Anak Mudah Mendapat Hidayah

NEGATIF
Ibu Bapa sering bertengkar : Anak menjadi Ganas dan Panas Baran

Ibu mengidam benda pelik : Petanda Tidak Baik Terhadap Sikap Anak

Ibu Curang : Anak menjadi Penderhaka dan gemar maksiat

Search