{ ermilia } Menu

Kenapa Wanita Hamil Mengidam Benda Pelik

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

mengidam benda pelik
Wanita yang baru disahkan hamil pastinya cukup teruja untuk meraikan berita gembira itu dengan pasangannya. Bagi bakal ibu yang menimang cahayamata sulung, jangan terkejut dengan perubahan yang bakal dihadapi kala mengandung. Dalam ruangan kali ini, pembaca berpeluang mengetahui lima perkara yang boleh dihadapi oleh bakal ibu yang disahkan hamil.

Pedih ulu hati, loya dan muntah, keinginan untuk menikmati sesuatu makanan merupakan antara tanda-tanda sampingan yang akan dialami oleh wanita hamil. Ada juga di kalangan wanita hamil yang mengidam untuk makan sabun malah mempunyai air liur yang berlebihan di dalam mulut semasa mereka mengandung. Hal ini benar-benar berlaku, untuk mengetahui dengan lebih lanjut teruskan pembacaan anda dengan penerangan di bawah.

Wanita Hamil Dan Mengidam Keterlaluan
Semasa hamil macam-macam perkara pelik boleh menjadi keinginan. Tiba-tiba terasa hendak makan sesuatu misalnya ais, kapur tulis malah kotoran. Keinginan yang keterlaluan begini belum dikenal pasti lagi puncanya namun ia ada perkaitan dengan faktor biokimia, psikologi dan budaya di persekitaran mahupun di tempat kerja. Mengidam keterlaluan atau pica ini diistilahkan untuk wanita hamil yang ingin menikmati sesuatu yang bukan makanan seperti tanah liat, sabun, ais, beras malah biji kopi. Ia biasa terjadi di kalangan wanita hamil.

Dalam sesetengah kajian yang dijalankan keadaan ini ada perkaitannya dengan kekurangan zat besi (walaupun apa yang diinginkan tidak ada pun unsur zat besi di dalamnya). Tetapi tidak juga bermakna mereka yang mengidam keterlaluan itu mengalami keadaan kurang zat besi dalam badan. Tidak perlu mengambil zat besi secara berlebihan. Tetapi pengambilan makanan sebegitu boleh mengganggu proses penyerapan nutrien dalam tubuh langsung memudaratkan.

Hidung Berair
Anda mengalami keadaan hidung tersumbat? Hal ini bermakna anda di antara 20 ke 30 peratus wanita yang berhadapan dengan keadaan itu sepanjang kehamilan. Ia dinamakan kehamilan rhinitis dan ia boleh berlaku seawal dua bulan kehamilan dan berlanjutan sehingga bayi dilahirkan malah beberapa minggu selepas kelahiran.

Hormon estrogen yang berlebihan boleh menyebabkan membran mucus membengkak malah menyebabkan pengeluaran mucus secara berlebihan. Darah yang berlebihan dalam tubuh semasa hamil juga boleh menyebabkan saluran darah yang kecil membengkak pada garisan hidung lalu menyebabkan kesesakan pada sekitar tisu hidung.

Air Liur Berlebihan
Pernahkah anda secara tiba-tiba mahu meludah dengan kerap? Pakar perubatan sendiri tidak dapat mengenal pasti mengapa sesetengah bakal ibu mengandungi air liur berlebihan semasa hamil. Namun perubahan hormon dan loya turut dikaitkan dengan keadaan ini. Kerap meludah akibat pengeluaran air liur yang berlebihan ini dinamakan ptyalism atau sialorrhea dan ia menyebabkan keadaan tidak selesa kepada bakal ibu. Tetapi ia tidak menjejaskan janin dalam kandungan.

Dalam keadaan biasa, kelenjar air liur menghasilkan satu setengah kuart air liur sehari. Tetapi disebabkan proses menelan berlaku dengan kerap, anda tidak menyedari air liur yang ada di dalam mulut. Tetapi semasa hamil anda menyedari yang terdapat banyak air liur terkumpul di dalam mulut. Ia mungkin terjadi kerana anda telah menghasilkan air liur yang banyak atau anda tidak melakukan proses menelan dengan kerap atau kedua-duanya.

Tercungap-cungap Semasa Bernafas
Tidak dinafikan sesetengah wanita hamil akan mengalami keadaan sebegini di awal kehamilannya. Tubuh anda memerlukan oksigen semasa hamil malah ia amat memerlukannya dalam keadaan tertentu. Hormon yang meningkat terutama progesteron akan memberi kesan langsung kepada jantung yang kemudiannya merangsang pusat resporatori pada otak. Sedangkan kadar pernafasan untuk tempoh seminit berubah sedikit sahaja semasa mengandung manakala jumlah udara yang disedut dan dilepaskan dalam setiap hembusan itu bertambah dengan nyata sekali.

Semakin janin membesar, ia akan memberi tekanan kepada bahagian diafragma dan menyebabkan pernafasan menjadi sukar. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu mengandung bayi kembar. Bagi wanita hamil buat kali pertama, anda dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi terutama di penghujung kehamilan. Anda perlu mendapatkan rehat yang mencukupi di penghujung kehamilan.

Pening Kepala
Pening kepala semasa hamil juga turut dialami oleh wanita hamil. Ketika ini sistem kardiovaskular dan tekanan darah melalui banyak perubahan. Kadangkala keadaan ini menyebabkan tubuh tidak dapat menerima perubahan langsung menyebabkan sakit di bahagian kepala.

Keadaan ini juga menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, darah di bahagian jantung mengepam dengan lebih laju dan darah dalam tubuh meningkat antara 40 ke 45 peratus. Biasanya sistem kardiovaskular dan sistem saraf boleh mengawal perubahan yang berlaku semasa hamil dan darah yang berlebihan akan mengalir ke bahagian otak, namun ada ketikanya ia tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku sehingga menyebabkan anda berasa pening.

Kelima-lima perubahan yang dialami ini akan memberi kesan emosi kepada wanita hamil. Oleh sebab itu, wanita hamil yang mudah panik sebaliknya terima perubahan yang berlaku dengan tenang. Sekiranya, perubahan itu menyebabkan wanita hamil tidak dapat bangun dan menjalani kehidupan yang biasa, sebaik-baiknya segeralah berjumpa dengan doktor.

Sumber: Mingguan Wanita

Set Bersalin Shaklee ~ Memang Tebaik!!!!!!!!

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Set bersalin terbaik

Zaman sekarang ni memang mudah sangat nak dapatkan set bersalin/berpantang. Betul tak mommies.. Tak kira sama ada yang moden seperti kapsul2, krim dan yang seumpamanya. Ia juga terdapat dalam pelbagai jenama yang terdapat di pasaran. Manakala  yang tradisional seperti jamu serbuk, pilis, param boleh diperolehi dari tukang2 urut atau bidan. Tidak dinafikan semua ini bagus untuk kesihatan ibu-ibu yang sedang berpantang


Namun demikian, di zaman sekarang, rata-rata bayi yang lahir akan mendapat jaundis.Dan apabila ianya berlaku, kebiasaannya nurse atau doktor akan sarankan kepada ibu-ibu supaya menghentikan pengambilan segala jamu sehinggalah bayi benar-benar pulih dan bebas dari jaundis.Akibatnya jamu-jamu yang dibeli tadi terbengkalai dan ibu-ibu tak mendapat kesihatan yang secukupnya. 



Dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.  Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubuh kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation.

Apakah vitamin-vitamin dalam Set Bersalin/Berpantang Shaklee ni???

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.
Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)

Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.


Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu serta dapat melawaskan pembuangan.

Jom kita kongsikan testimoni ibu-ibu yang sangat berpuas hati dengan set berpantang kami:

Testimoni 1


 Testimoni 2


Alhamdulillah...seronok kan mommies?? Ada mommies yang masih ragu-ragu? Cuba dulu..baru tau..bila dah cuba..kompem tangkap cintan ngan vitamin Shaklee..hehe..

Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin & jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/mamaharraz
HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER MAMAHARRAZ TERSAYANG



PENYUSUAN YANG LANCAR DENGAN EU-FOUR PLUS

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai ibu yang tidak menyedari bahawa kesihatan ibu dan nutrisi lengkap adalah antara faktor utama yang mempengaruhi kelancaran proses penyusuan. 


Dan ramai juga ibu yang menghubungi saya kerana masalah kekurangan susu walaupun baru beberapa hari bersalin. Untuk memastikan proses penyusuan yang lancar lepas bersalin, ibu haruslah amalkan nutrisi lengkap semenjak hamil lagi. Pengambilan protein dan kalsium mestilah lengkap kerana kedua-dua ini adalah antara komponen utama susu ibu. Jadi hari ini saya ingin berkongsi tentang Set Eu-Four Plus yang merupakan antara set terbaik dalam membantu penyusuan. Malah set ini boleh diamalkan semenjak hamil, pantang dan menyusu. Selamat dan tiada kesan sampingan negatif kepada ibu dan bayi

EU-FOUR PLUS Shaklee

Apakah Yang Ada Dalam Set Eu-Four Plus?
--------------------------------------------------
- Multivitamin dilengkapi Zat Besi
- Vitamin C
- B-complex dilengkapi Asid Folik
- Kalsium dilengkapi Magnesium, Vitamin D dan K
- Energizing Soy Protein (ESP)

Kenapa Set Eu-Four Plus?
------------------------------
- Lengkap dengan kesemua vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusu dan bayi.
- Tidak mendatangkan kesan sampingan negatif kepada ibu dan bayi.
- Selamat untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Malah menyokong proses kehamilan dan menyiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin.
- Selamat untuk bayi kecil yang alami jaundice dan tidak menyebabkan bayi cirit-birit seperti mana set penyusuan lain terutama untuk yang dalam berpantang.
- Membekalkan kalsium dan protein lengkap yang amat diperlukan dalam proses penyusuan dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan ibu.
- Berupaya mempercepatkan penghasilan susu ibu, memberikan tenaga dan menjadikan susu ibu lebih pekat, berkhasiat dan berzat membuatkan bayi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
Klik dibawah untuk keterangan produk lain.
 Order & info :
-LIYA
-SHAKLEE ID 883705
-013-2301203

APA ITU Recurring blocked duct (susu Tersumbat)

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

susu tersumba

Kejadian blocked duct atau duktus susu tersumbat sering kali terjadi apabila payudara tidak dikosongkan dengan SEMPURNA. Lazimnya keadaan ini terjadi kepada ibu menyusu yang mempunyai produksi susu yang tinggi. Antara punca berlakunya perkara ini adalah tempoh antara dua sesi penyusuan yang terlalu lama, proses cerai susu yang terlalu drastik mahupun penggunaan saiz corong breast shield yang ti
dak sesuai. Keadaan duktus susu tersumbut yang tidak dirawat bukan sahaja boleh mengakibatkan penghasilan susu menjadi kurang malah boleh turut menyebabkan mastitis kerana susu yang masih tertinggal menjadi tempat pembiakan bakteria yang baik.


Symptom:
 
~kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump 

~penghasilan susu yang merundun

~terdapat tompok putih pada puting yang dikenali sebagai “bleb”

~Susu dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada di kalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut. Apabila perkara ini berlaku, adalah penting untuk payudara tersebut dituam bagi melancarkan aliran susu di kawasan yang tersumbat.

Rawatan:
 
~Tingkatkan kekerapan direct feeding bagi memastikan payudara dapat dikosongkan

~Urut pada bahagian payudara yang bengkak bagi membantu melancarkan aliran susu sekaligus merawat keadaan duktus yang tersumbat

~Tuam payudara bagi mengembangkan saluran duktus susu dan mencapai letdown dengan lebih cepat. Gunakan heating pad sebelum menyusu sekiranya perlu.

~Tekan pada kawasan benjolan semasa proses penyusuan sedang berlangsung 

~Mandi dengan air panas dan halakan payudara terus pada air yang mengalir
Jalankan terapi ultrasound (perlu ke klinik bagi prosedur ini)

Pencegahan:

~Selalu ubah posisi penyusuan agar pengaliran susu menjadi rata bagi kesemua bahagian payudara

~Elak daripada menggunakan bra yang terlalu ketat 

~Mengambil lecithin bagi mengelakkan daripada recurring blocked duct

~Memastikan payudara dikosongkan dengan sempurna setiap kali selepas sesi penyusuan selesai. 
~Sekiranya perlu, pump setelah anak selesai menyusu bagi mengeluarkan saki baki susu yang masih terdapat dalam payudara

Alfalfa & ESP - Kombinasi Milk Booster Terbaik

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Pastinya ramai mommies dah mengetahui yang shaklee mempunyai 4 set penyusuan khas untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan.

Soalan yang biasa diajukan "salam sis..boleh tak kalau saya tak nak ambil set penyusuan, tapi saya just nak ambil ESP dan Alfalfa sebagai milk booster saya? Adakah ia boleh membantu untuk mempercepatkan penghasilan susu badan saya?"

Jawapan saya "boleh..tak de masalah..coz dua2 suplement diatas adalah antara milk booster terbaik. So bila digabungkan..insyaAllah...hasilnya tidak mengecewakan.."

Mengapa ESP dan Alfalfa?

ESP merupakan milkbooster terbaik. Ia merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ibu-ibu yang mengambil ESP sebagai supplement penyusuan akan nampak hasilnya seawal seminggu pengambilan dengan syarat minum air sebanyak 3 liter sehari dan pump dengan konsisten iaitu setiap 2 jam / 3 jam sekali.
Alfalfa sebagai Galactagouge.

Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster). Maka apabila kedua-duanya diambil bersama, insyaAllah..hasilnya tidak mengecewakan.

Jom kita lihat testimoni pengguna

Testimoni 1


Testimoni 2

 

Alhamdulillah..seronok rasanya dapat membantu ibu-ibu di luar sana dapat meriahkan susu ibu. Ternyata kedua supplement ni sangat berkesan dan sangat membantu. Tapi pastikan pengambilan air yang mencukupi sebanyak 3 liter wajib dipatuhi dan sesi mengepam setiap 2 atau 3 jam sekali untuk memperlihatkan hasil yang tidak mengecewakan. InsyaAllah.

Kenali Petunjuk Bayi Ingin Menyusu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? Usah khuatir lagi! INTAN JASTINA JAMALUDDIN berjaya mendapatkan pandangan daripada kaunselor laktasi, Nur Farah Farhan.


tips penyusuan


Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. Langkah ini penting agar membantu anda mengenal dengan lebih baik tanda-tanda komunikasi bayi dan orang di sekelilingnya.

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.


Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

Apa yang perlu dilakukan?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.


Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 – 15 kali dan berhenti seketika selama 2 – 5 saat sebelum menyusu semula.


Bayi mahu berehat sebentar (withdrawal cues)
Ini merupakan petunjuk bahawa bayi mahu berehat sebentar daripada apa yang sedang dilakukan. Dia mungkin mahu berhenti sekejap daripada menyusu, bermain dan lain-lain. Kebiasaannya, bayi akan melihat keadaan sekeliling terutamanya apabila ada bunyi yang mengganggu pendengaran. Kemudian, dia akan menolak badannya ke belakang, menendang diikuti dengan menguap, mengerutkan dahi, memuntahkan susu, batuk, tersedak, menangis atau meragam. Ada ketikanya dia akan tertidur sendiri.


Apa yang perlu dilakukan?
Berikan masa pada bayi untuk berehat sebentar. Pujuk bayi untuk menyusu semula apabila dia kelihatan bersedia. Ketika ini, anda boleh mengambil kesempatan dengan bergurau dan mengajak bayi berkomunikasi. Senyum dan cium pipinya dan katakan yang dia masih belum habis menyusu. Jika bayi menangis seakan-akan enggan menyusu, ia bukan petanda dia tidak berminat untuk menyusu atau susu ibu kurang. Anda harus bertenang dan pelajari dan teliti petunjuk yang bayi berikan.


Bayi mahu bermain (approach cues)
Bayi selalunya akan menoleh ke arah anda sambil tersenyum serta mengeluarkan bunyi untuk berkomunikasi. Dia juga akan mencari-cari arah suara anda dan bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Jika diperhatikan, anda akan melihat wajah dan matanya ceria. Sekiranya petunjuk ini tidak dipedulikan, bayi akan menangis kerana dibiarkan keseorangan.


Apa yang perlu dilakukan?

Letakkan alat mainan berwarna-warni untuk menarik perhatian bayi supaya dia tidak bosan. Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan bayi kerana waktu ini bukan susu yang dikehendakinya tetapi perhatian dan masa untuk diluangkan bersama-sama. Ingat, bayi yang baru lahir tidak memerlukan susu semata-mata. Mereka turut memerlukan perhatian, rangsangan dan sentuhan dalam hari-hari awal selepas dilahirkan. Menangis adalah salah satu komunikasi bagi bayi menyampaikan mesejnya. Anda jangan khuatir dan panik jika bayi menangis. Berfikirlah secara positif bahawa tangisan adalah sihat berbanding risaukan bayi tidak cukup susu. Bertenang adalah kunci utama kerana melaluinya anda tahu apa yang terjadi dan boleh bertindak dengan bijak.



Sumber: Nur Farah Farhan (2010). Kenali petunjuk bayi ingin menyusu. Majalah Pa&Ma. Julai 2010

10 Sebab Kenapa Anda Mesti Memberi Bayi Anda Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:


1. Ia mudah dan cepat (tidak perlu botol, sukat dan kocak)


2. Ia melindungi bayi anda dari penyakit, virus, sakit pe
rut dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah (asthma).

3. Susu ibu mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.


4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protein yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.


5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula (lebih lama bayi menyusu badan lebih tinggi tahap IQ nya).


6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi anda.


7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).


8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.


9. Susu ibu mengandungi protein dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui di dalam mana-mana susu formula di pasaran.


10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda
.

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Inilah masa yang dinanti-nantikan!  Bersempena promo Dec 2012, anda kini boleh mendapatkan Collagen Powder pada tawaran istimewa Buy 6 Free 1!!


Promosi Collagen shaklee december 2012

Adakah Anda sedang mengalami simptom-simptom berikut?

- tak bermaya(KULIT KUSAM)?
- tiada seri?
- kulit kedut dan mula kendur?

- pigmentasi kulit?
- cepat letih dan lesu?
- sakit badan dan sendi?
- mudah lupa?
- kurang penglihatan?

Pembelian Buy 6 Free 1 juga akan melayakkan anda mendapat
♥ keahlian PERCUMA
♥ CASH BONUS pada bulan hadapan
♥ PENJIMATAN melebihi RM300
♥ peluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee
... dan banyak lagi

Anda tunggu apa lagi? Jom order sekarang!! Nak beli 1 kotak saja? Boleh tak de masalah. Just PM atau SMS/WhatsApp 013-2301203 untuk HARGA YANG SANGAT-SANGAT ISTIMEWA... Serius....Memang berbaloi-baloi...^_^

Vitamin VS Jamu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

 Jamu vs Supplement? Pilihan Ditangan Anda..
Jom baca apa beza jamu dan supplement?

 Jamu adalah hasil dari campuran ramuan-ramuan tradisional yg lazimnya sgt popular dalam amalan pemakanan masyarakat kita. 
Jamu dan Vitamin

Jamu sebenarnya adalah salah satu jenis supplement @ makanan tambahan juga. Namun yg membezakan jamu dengan vitamin adalah jamu mengambilmasa yang lama untuk diuraikan oleh sistem badan kita demi untuk mendapatkan vitamin & khasiat yg terdapat di dalamnya. Kebanyakkan jamu juga tidak diketahui kandungan ramuannya dengan lebih lengkap

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita meneriam dengan cepat serta pengambilan air yg mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik. Sebab itulah, perubatan meden kini mengiktiraf pengambilan vitamin ini kepada pesakit-pesakit kerana inaya bersifat selamat dan natural kepada tindak balas tubuh badan


 https://www.facebook.com/mamaharraz
Order & info :
-LIYA
-SHAKLEE ID 883705
-013-2301203

Search