{ ermilia } Menu

Shaklee Ostematrix : Tiada lagi sembelit, tiada lagi kejang, kebas, lenguh dan hidup semakin sihat

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Tahukah anda antara byk2 vitamin Shaklee yang cepat terasa kesannya adalah Ostematrix.

Sebab tu kalau siapa2 tanya saya, apa vitamin utk org selalu letih,  lenguh2, sakit belakang... hmm saya jawab memadai anda cuba Ostematrix.

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna batu bata dan mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Apa kandungan yang terdapat dalam ostematrix?


mengurangkan gejala PMS


  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang 
OsteMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS. 
 
Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf. 

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Jom share testimoni...

 

Set Kesuburan Suami dan Isteri

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Set Kesuburan Wanita

Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex), Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa Complex dan GLA Complex.

Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh wanita. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasarkan masalah spesifik yang dialami.

Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan wanita pada tahap yang optimum. Kesuburan wanita sangat dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal.

Apabila kesihatan seseorang wanita itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel telur (ovum) akan terjejas. 

Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel telur. 

Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel telur yang sihat bagi meningkatkan kesuburan wanita.

Pengambilan Alfalfa Complex akan membantu meningkatkan kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat dan membantu menghilangkan masalah keputihan.  Isteri yang sering rasa sakit apabila bersama suami juga disarankan untuk mengamalkan Alfalfa.

Pengambilan GLA Complex secara konsisten boleh membantu membaiki masalah period yang sering dialami oleh wanita.

Set Kesuburan Lelaki 


Merupakan kombinasi Set Asas (Vita-Lea, Vita-C dan B-complex), Energizing Soy Protein (ESP), Vita-E dan Zinc Complex.

Pengamalan set ini secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah kesuburan yang dialami oleh lelaki. Tetapi pengambilan kombinasi kesemua supplement di atas adalah tidak wajib kerana pengambilan supplement adalah berdasarkan masalah spesifik yang dialami.

Pengambilan Set Asas boleh membantu mengembalikan kesihatan lelaki pada tahap yang optimum.

Kesuburan lelaki boleh dipengaruhi oleh tahap kesihatan baik mental mahupun fizikal. Apabila kesihatan seseorang lelaki itu tidak pada tahap seoptimum mungkin dan ditambah pula dengan stress kerja seharian, pengeluaran hormon serta penghasilan sel sperma akan terjejas.

Protein adalah salah satu komponen penting dalam pembentukan sel termasuklah sel sperma. Pengambilan ESP dengan konsisten boleh membantu dalam pembentukan sel sperma yang sihat bagi meningkatkan kesuburan lelaki.

Pengambilan Vitamin E akan membantu menstabilkan hormon reproduktif dan bertindak sebagai antioksidan bagi merawat sel badan yang rosak.

Pengambilan zink pula membantu meningkatkan tahap hormone testosteron dan bilangan sel sperma yang sihat.

NOTA PENTING* 

Supplement/Vitamin tambahan bukanlah ubat. Pengambilan supplement adalah bertujuan untuk mengisi kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan akibat diet seharian yang tidak seimbang.

Tetapi, dengan memastikan badan mendapat zat dan nutrisi yang diperlukan, secara tidak langsung banyak masalah kesihatan dapat diaatasi.

Pengambilan supplement Shaklee bergantung kepada masalah kesihatan, tahap kesihatan, cara hidup dan keperluan nutrisi individu.

Berminat? Hubungi kami di [TELEFON] / Add FB saya [NAMAANDA]

Punca & Cara Mengatasi Susu Merudum

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Kebanyakan ibu-ibu yang menghubungi saya untuk mendapatkan Set Penyusuan adalah kerana susu merudum.

Oleh itu, di sini saya menekankan kepada bakal-bakal ibu yang ingin menyusukan bayi anda apabila lahir. Pastikan membuat persediaan awal untuk menghadapi alam penyusuan. Jangan di saat-saat susu sudah merudum barulah mencari penyelesaian.

Kemudian bergantung harap kepada supplement sepenuhnya. Jangan begitu, Supplement adalah bertindak sebagai pelengkap kepada nutrien seharian. Banyakkan membaca untuk mencari ilmu tentang penyusuan dan sediakan kekuatan mental dan psikologi sepenuhnya.

Dan tidak kurang juga anda harus bersemangat dan mempunyai matlamat yang satu iaitu ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Keyakinan kepada keupayaan diri sendiri itu amatlah penting.

Majoriti ibu-ibu yang  menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum. Selain Milk Booster ada perkara lain yang anda perlu tahu yang menjadi punca susu merudum.

Anda masih lagi perlu menjaga keperluan yang lain. Seperti menjaga pemakanan, pengurusan stress, minum air dengan cukup dan sebagainya. Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu merudum.

Nanti kalau dah ambil milk booster tapi susu masih merudum, sudah tentu lagi stresskan? Jadi jom semak, ada tak perkara-perkara dibawah yang berlaku pada diri anda :

1. Stress

Semua orang akan menghadapi stress tidak kira bagi ibu yang berkerjaya ataupun ibu yang bekerja dirumah. Kita tidak boleh lari dari stress, tapi kita perlu tahu macam mana nak tangani stress. Ada juga diantara kita yang tidak sedar langsung yang kita sebenarnya stress.

Kalau badan stress susu pun takut nak keluar kan? Jadi ibu -ibu yang menyusu gembirakan diri anda. Terutama semasa sesi mengepam/memerah. Bayangkan anda berada bersama-sama anak anda.

Ataupun bagi ibu yang menyusu secara direct,semasa menyusukan anak, usap-usapkan kepala . Ianya pasti dapat menenangkan hati ibu.

2. Teknik penyusuan yang salah

Teknik menyusu yang salah akan menyebabkan susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Ibu juga akan mengalami puting yang melecet kerana proses lekapan pada aerola yang tida betul. Bayi hanya menghisap bahagian puting sahaja.

Cara kedudukan penyusuan yang salah juga penting bagi menjaminkan anak dan ibu selesa sewaktu sesi penyusuan.

3. Kurang pam atau perah

Ini biasanya berlaku bagi ibu-ibu yang berkerja, sepanjang siang tidak berjumpa dengan bayi, sepatutnye anda kena rajin pam/perah (setiap 2 jam).

Untuk ibu yang dirumah, sentiasa menyusu secaradirect. Kerana rangsangan daripada bayi salah satu faktor untuk susu dihasilkan melalui konsep supply vs demand . Makin kerap kantung susu dikosongkan makin cepat susu dihasilkan.

4. Tidak cukup rehat

Badan yang penat dan tidak cukup rehat juga akan menyebabkan susu merudum. Oleh itu, walaupun sibuk macam mana. Sebagai ibu yang menyusu anda perlu bijak untuk menguruskan masa untuk rehat.

5. Masalah hormon dan kesihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, perlulah meminta nasihat doktor jika anda ingin menyusu. Kerana kebiasaan apabila kesihatan badan terganggu susu tidak dapat dihasilkan.

6. Penggunaan pil perancang

pil perancang memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu.

7. Pengambilan pil antibiotik

Kebiasaannya antibiotik diambil oleh ibu yang demam. Cara untuk mengelakkan pengambila antibiotik, anda boleh mengambil vitamin C ( 2 biji) kerana vitamin C bertindak secara semulajadi dalam membina antibodi.

8. Teknik pam yang salah / pam tak cekap

Ibu-ibu perlu pelajari teknik mengepam yang betul jika menggunakan pam. Kerana jika salah teknik menggunakan pam akan menyebabkan kantung susu tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.

Menggunakan teknik marmet (perah dengan tangan) juga merupakan salah satu penyelesaian yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir menggunakan pam. Mudah dan jimat juga.

9. Pemakanan yang tidak seimbang

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Cukup lengkap dari segi karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Tapi mampukah kita untuk mengambil semua makanan? Dan kita juga tidak lari dari mengambil fast food.

Diet harian kita akan tersasar bila ada hari-hari yang kita tidak mengambil makanan seimbang. Disinilah supplements berfungsi iaitu untuk melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.

Ibu yang menyusu tidak boleh sama sekali minum minuman berais. Kerana ini boleh menyebabkan susu menjadi kontang. Air minuman bergas. Air berkafein, kerana kafein boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Diatas adalah antara sebahagian punca-punca yang menyebabkan susu merudum. Apabila kita dah tahu punca yg membuatkan susu kurang, barulah kita cari jalan penyelesaian kerana saya nak anda tahu milk booster bukan semata-mata jalan penyelesaian kepada susu merudum.

Saya nak ibu-ibu semua tahu kepentingan vitamin kepada tubuh badan kerana ia membantu tubuh menjadi sihat dan melancarkan proses penghasilan susu ibu di tambah pula jika teknik hisapan bayi dan kerapan pam/perah yang konsisten.

Slimming Set Shaklee Sentiasa Selamat & Berkesan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Alhamdulillah, semakin ramai ibu-ibu yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan slimming set Shaklee.

Menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang tidak mengamalkan senaman. Dengan itu pengambilan suplement untuk membantu dalam mempercepatkan pembakaran lemak adalah langkah terbaik.

Justeru itu, dengan pengambilan slimming set Shaklee sememangnya sangat membantu bagi mereka yang betul-betul serius dalam menurunkan berat badan.

Apa yang terkandung dalam slimming set Shaklee?

Di dalam slimming set Shaklee terdapat lecithin yang berfungsi untuk memecahkan lemak, protein untuk meningkatkan metabolisme badan, dan mengelakkan badan naik semula dengan mudah dan juga detox yang berfungsi membuang semua lemak-lemak yang telah dipecahkan tadi.

Dengan itu, lemak-lemak ini akan  diangkut keluar daripada badan. Maka bermulalah proses pelangsingan badan yang mana size xxxL ke size L, M, S mengikut target yang anda mahukan.

Jom share testimoni..menurut Acik Zaa'Din..berat badan beliau berjaya turun 3kg hanya dengan mengamalkan lecithin dan alfalfa..wow!!!! so amazing!!
slimming set shaklee Testimoni dari ainul fadzillah mustafa

Seronok kan baca testimoni mereka yang telah berjaya? Alhamdulillah, anda bila lagi?

Slimming set Shaklee terdiri daripada 3 komponen yang lengkap

  • Lecithin
  • Cinch
  • Herblax


Bagi yang menyusukan anak, slimming set yang sesuai dan selamat digunakan

  • Lecithin
  • ESP / Mealshake
  • Herblax

Senaman Yang Disarankan Sepanjang Tempoh Kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?

Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.

Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman.

Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi.

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?

Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung.

Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung.

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.

senaman berjalan ibu hamil

Berjalan

Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda.

Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.


senaman berenang ibu hamil 
Renang

Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung.

Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.

Kelas senaman air

Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

senaman Yoga ibu hamil

Yoga dan regangan

Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.


senaman pilates ibu hamil
Pilates

Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi.

Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam.

Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung.

Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.

senaman angkat berat ibu hamil

Senaman angkat berat

Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan. 
senaman tarian ibu hamil
Tarian

Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda.

Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

Aerobik berimpak rendah dan Fitball

Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

Bengkak Susu (Mastitis)

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

bengkak susu

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.

Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Gejala- Gejala Mastitis

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih
Sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda.

Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang berisiko

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Bila anda perlu jumpa doktor

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan.

Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.

Rawatan Mastitis di rumah

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-
  • Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
  • Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
  • Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
  • Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
  • Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
  • Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
  • Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik
  • Ambil panadol atau ponstan untuk mengurangkan kesakitan

Pencegahan
  • Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.
  • Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.
  • Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.
  • Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.
  • Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

GLA Kompleks Membantu Kehamilan?

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Ramai wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.


“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya"

gla membantu kehamilan


Oleh itu sangat penting bagi seseorang wanita yang mengalami masalah kelewatan datang haid atau tidak datang haid untuk membuat ultrasound scanning - ianya penting bagi mengesan cyst atau ketumbuhan yang merbahaya yang mugkin boleh berlaku.

Jika tidak mempunyai sebarang penyakit, syukur Alhamdulillah..Apa yang  anda perlu lakukan adalah dengan menjaga corak pemakanan anda, memastikan rehat yang secukupnya serta mengambil suplement untuk membantu menstabilkan hormon dalam tubuh badan anda.

Dengan itu anda seharusnya mencuba GLA SHAKLEE. InsyaAllah..pengambilan GLA Shaklee yang konsisten mampu membantu menstabilkan hormon wanita disamping melegakan kesakitan yang sering berlaku sebelum atau ketika haid.



Bagaimana GLA membantu anda untuk cepat hamil?

GLA mampu menurunkan kolesterol dan membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.

Bagaimana GLA membantu merawat PMS (senggugut)?

Apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, simptom ini berlaku akibat kekurangan GLA (Gama Linolenic Acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi kekurangan GLA itu tadi, pengambilan GLA complex adalah sangat diperlukan.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Biasanya sekali dalam tempoh sebulan seseorang  wanita akan menghasilkan cecair yang sebegitu menunjukkan waktu subur. Namun tak semua cecair yang dihasilkan "subur".



Disinilah fungsi GLA membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan dan seterusnya dapat membantu sperma untuk berenang ke uterus, dan menuju ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam falopio selama 5 hari. 

Jadi kepada puan-puan yang masih belum dikurniakan anak, cubalah periksa cecair serviks anda. Sekiranya anda dapati cecair itu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan. Kesimpulannya sangat penting untuk megetahui dan mengenali "cecair kesuburan" ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagi yang dah subur bila ambil GLA adakah ertambah-tambah subur? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, untuk yang dah sememangnya subur, tak la bertelur sampai 2 hingga 3 kali ye..

Jom share testimoni daripada customer kami..

Testimoni 1



Testimoni 2

Best kan mommies..Sesungguhnya kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segala-galanya, yang penting kita sebagai hamba-Nya jangan cepat berputus asa.

7 Sebab Mengapa Ujian Kehamilan Positif Tetapi Anda Tidak Hamil

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil.

Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil.

Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;


ujian kehamilan


1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat.

Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

Apa yang anda perlu buat

Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal.

Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.

Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Set Berpantang @ Set C

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

2. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini.

Sentiasa Hebat seperti Malam Pertama

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Sewaktu keinginan yang mendalam untuk bernikah bertandang di hati, kalian anak muda perlu berjuang. Ya, bukan sekadar berusaha, tapi berusaha dengan penuh perjuangan dan kesungguhan untuk menjaga iman dan kehormatan. Berjuang untuk merealisasikan perancangan pernikahan.

Vitamin Pengantin

Soalan saya, bagaimana saya hendak menempuh malam pertama? Apakah persiapan yang perlu saya lakukan?

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana saudara akan menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi. Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan.

Semestinya, semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh kenangan.

Apakah Suplement yang boleh buat kami bedua sentiasa seperti malam pertama?

Soalan yang tepat untuk yang bakal berkahwin dan telah mendirikan rumah tangga. Disini, saya akan dedahkan khasiat-khasiatnya:

1. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita:-

  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster

2. Vitamin E  Untuk lelaki, membantu dari segi kesuburan sperm, meningkatkan pergerakan sperma, menambah bilangan sperma  dan improve sexual drive:-

  • Improved Sperm motility
  • Increase Sperm count 
  • Boosted libido


Untuk perempuan pula,  membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan disamping itu juga, terdapat khasiat lain seperti:-


  • Mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.  
  • Sangat membantu dalam aspek kesuburan.  
  • Membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. 
  • Membantu mempercepat proses baik luka.
  • Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Berminat? Hubungi saya. Harga istimewa menanti anda.

Punca Kandungan Besar

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:



kandungan besarBerat bayi yang melebihi 4.5 kg dianggap sebagai besar berbanding purata saiz normal iaitu 3.4 kg. Apakah impaknya pada kelahiran?

Adalah sukar untuk menentukan sama ada kandungan anda benar-benar besar atau turut dikenali sebagai macrosomic ketikah bayi masih berada didalam rahim. Hanya setelah bayi dilahirkan barulah berat badan sebenarnya dapat diputuskan. Walaubagaimanapun doctor berupaya untuk mengagak kandungan anda berkemungkinan  besar dengan menjalankan ujian ultrabunyi. Apatahlagi, kajian menunjukkan bahawa 5 hingga 10 peratus kandungan didapati bersaiz besar setelah ujian berkenaan dilakukan.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah bayi besar. Salah satunya ialah faktor genetic contohnya jika anda dilahirkan sebagai bayi bersaiz besar, maka bayi yang dikandung pun berisiko bersaiz besar. Tahap gula dalam darah yang tidak dikawal dengan baik seperti diabetis sedia ada atau pun diabetis ketika hamil merupakan antara punca kepada masalah yang berlaku.

Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko bayi besar dipercayai turut berpunca daripada etnik dimana wanita yang berdarah sepanyol lebih berisiko tinggi. Antara lain termasuklah obesity, indeks jisim badan (BMI) yang tinggi diawal kehamilan, kenaikan berat badan yang terlalu banyak ketika hamil dan terlebih hari lebih daripada minggu daripada tarikh jangkaan bersalin. Tidak terkecuali jantina bayi turut memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi. Kandungan lelaki dikatakan lebih berisiko tinggi untuk bersaiz besar berbanding saiz bayi perempuan.

Ketahui Risikonya

Dengan kehamilan bayi besar, terdapat beberapa masalah yang bakal timbul. Antaranya adalah kesukaran ketika melalui proses kelahiran. Anda mungkin berisiko tinggi untuk menghadapi komplikasi  seperti perineum koyak mahupun kehilangan darah yang banyak.

Kesukaran kelahiran yang dialami juga boleh menyebabkan berlakunya kecederaan semasa lahir. Ini termasuklah pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah atau lumpuh anggota tangan iaitu “ERBS PALSY” yang berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu. Terdapat juga risiko kecil bayi mengalami masalah seperti “SHOULDER DYSTOCIA” sewaktu lahir dimana bahunya tersekat ditulang pubik. Hal ini sangat jarang berlaku namun tetap serius dan memerlukan pemerhatian serta merta  bagi mengelakkan kecederaan teruk mahupun kematian bayi. 

Antara lain, bayi  bersaiz besar mungkin memerlukan anda melahirkan secara caesarean. Kebiasaannya apabila doctor mengesyaki bayi bersaiz besar, dia akan menyarankan kelahiran secara pembedahan agar dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa bayi, mahupun nyawa anda sendiri. Alternatif lain selain daripada caesarean, anda mungkin diberi pilihan untuk menerima ubat cetusan kontraksi(induce)lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.

Walaubagaimanapun, jika hal ini berlaku, anda masih berpeluang untuk melahirkan bayi secara normal. Kajian yang pernah dijalankan mendapati 88 peratus wanita yang disyaki menghamilkan bayi bersaiz besar berjaya melalui proses kelahiran secara normal.
Jika anda sudah melebihi tarikh jangkaan bersalin, ada kemungkinan doctor akan memberikan induce. Jika ia disarankan kepada anda, ketahui sebabnya. Bagi kebanyakan wanita yang hamil bersaiz besar, dia tidak mendapat apa-apa faedah daripada ubat induce yang diberikan. Sama juga halnya dengan bayi. Ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk kedua-dua belah pihak.

Jika anda penghidap diabetis, maka anda tidak dapat mengelakkan diri daripada ubat cetusan kontraksi. Dengan mencetuskan sakit kelahiran lebih awal, ia dapat mengurangkan risiko komplikasi yang lainnya.

Sehubungan itu, proses bersalin yang terlalu lama boleh menyebabkan kekurangan oksigen dibekalkan kepada bayi. Ia juga berkemungkinan boleh menyebabkan kecacatan  fizikal dan mental dalam jangka masa yang akhirnya menjadi penyebab kehilangan upaya kekal ke atas diri bayi yag bakal dilahirkan.

Kesan Selepas Kelahiran

Kebanyakan bayi yang dilahirkan bersaiz besar adalah normal melainkan dia mengalami “Shoulder Dystocia” semasa dilahirkan. Bayi mungkin akan melalui beberapa masalah kesan daripadanya. “Shoulder Dystocia” boleh mengakibatkan tulang selangkanya cedera hingga member kesana kepada saraf di bahu dan lengan.
Sekiranya bayi tidak mengalami kerosakan saraf, dia biasanya berupaya untuk pulih sepenuhnya dengan menjalani rawatan tertentu. Tulang selangka yang patah juga boleh sembuh tanpa sebarang masalah lain.

Kesan fibroid terhadap kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang berlaku di dalam rahim. Bagi wanita mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merisaukan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 % wanita dalamlingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun, menghidap fibroid.

Fibroid dan kehamilan

Fibroid biasanya terdapat dikalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dikalangan wanita yang sedang hamil. Ada kalanya fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka oleh ibu hamil. Ada fibroid yang boleh menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap  fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga pada aras faktor pertumbuhan yang terdapat di  dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 % wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid ketika hamil. Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan didapati fibroid ini membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrasound dan kebanyakan wanita yang mengahadapi fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Pastinya ramai ibu-ibu akan tertanya,adakah fibroid akan menyebabkan mereka mengalami masalah sepanjang kehamilan.

Apabila wanita hamil megalami fibroid, beberapa masalah mungkin akan berlaku. Antaranya termasuklah risiko keguguran, risiko kelahiran bayi pramatang pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami pendarahan yang banyak selepas melahirkan.

fibroid dan lehamilan
Rawatan fibroid ketika hamil

Bagi wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Selalunya ubat penahan sakit yang diberi adalah dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan sepanjang kehamilan. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui ceaserean, pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan pada waktu yang sama.

Pembedahan akan dilakukan selepas proses melahirkan, sekiranya fibroid merbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi setelah tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Set J - Set Ibu Mengandung

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

set ibu hamil
Pernahkah anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang 'biasa' semasa hamil.Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi. Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Sekiranya mommies mengalami situasi di atas, cubalah set J (set ibu mengandung) InsyaAllah..anda akan dapat merasakan kesannya dan perbezaannya.

Set kehamilan kami terbahagi kepada 2:
  • Set J1 (trimester pertama) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix
  • Set J2 (trimester kedua &ketiga) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix, Omega
Jom kita lihat fungsinya satu-persatu:

Vita-lea Iron formula :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C 
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix :
kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
OmegaGuard :
membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.
Nota penting : Sekiranya anda berhasrat ingin mengambil set kehamilan diatas, obimin dan folic acid yang dibekalkan oleh doktor tak perlu anda ambil ye.

Ok..tiba masanya nak share testimonial mommies yang sangat berpuas hati dengan set J ni..

Testimoni 1

Testimoni 2 


Alhamdulillah...best kan mommies? Apa salahnya kita laburkan sedikit wang demi kesihatan diri dan kesihatan baby tersayang..Mencegah itu lebih baik daripada merawat..

    Atasi Payudara Lembik Dan Kendur

    Rate this Post:

    {[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

    Permalink:

    atasi payudara kendurPayudara merupakan aset penting untuk wanita. Memiliki payudara yang cantik merupakan impian semua wanita termasuklah sama ada wanita yang belum berkahwin mahu pun sebaliknya. Kecantikan payudara bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk keyakinan diri.Apa punca payudara menjadi kendur dan lembik ye? Mesti ramai yang akan mengatakan proses penyusuan merupakan punca utama kan?

    Jom kita selongkar antara punca-punca payudara kendur ye mommies..
    • Ketika pada wanita hamil biasanya bentuk payudara wanita akan ikut membesar dan semakin besarnya bentuk payudara tersebut tentunya membuat beban otot disekitar payudara semakin besar ke arah bawah, hal ini boleh membuatkan payudara menurun. Untuk itu pilihan bentuk bra yang tepat dan boleh menyokong bentuk payudara Anda yang membesar pada masa kehamilan. 
    • Pada wanita yang sudah melahirkan dan menyusui tentunya hal ini memang nak tak nak akan menjejaskan payudara anda, maka sesudah Anda selesai menyusui, segera lakukanlah perawatan terhadap payudara Anda agar bentuk payudara tidak kendur. 
    • Bagi yang memang memiliki payudara cukup besar, aktiviti yang sering membuat payudara bergoncang-goncang juga tidak baik bagi payudara dan boleh mempengaruhi bentuk payudara dalam jangka panjang. 
    • Pemilihan bra yang kurang tepat juga boleh membuat payudara tidak indah lagi, kerana bentuk dan ukuran bra yang tidak tepat tidak mampu menyokong keseluruhan payudara dengan baik. 
    •  Ada beberapa wanita yang terbiasa untuk tidak memakai bra. Hal ini boleh membuat bentuk payudara menjadi kendur, apa lagi bila ukuran payudara wanita tersebut juga besar, maka tekanan akan semakin besar dan payudara menegndur ke bawah.
    • Faktor umur. Semua manusia akan melalui fasa tua atau aging..Semakin umur meningkat, jumlah kolagen dalam badan turut berkurangan. Malah pada umur awal 20-an lagi jumlah kolagen yang tinggal hanya beberapa peratus sahaja! Apabila kolagen yang bertindak sebagai gam kepada sel2 badan mula berkurang, maka tak hairanlah kulit dan payudara kita mudah menjadi kendur. Macam dalam anotomi diatas, payudara kita tiada otot, cuma ada ligamen, tisu penyambung dan kulit sebagai penyokong..jadi yang menguatkan struktur kulit kita tadi adalah kolagen..sebab tu penting sangat kolagen ni.
    Persoalannya..bagaimana nak maintainkan keanjalan payudara kita supaya kelihatan cantik dan menawan?

    Cara yang paling mudah adalah dengan menjaga pemakanan dengan mengambil makanan tambahan dalam diet harian anda. Tingkatkan pengambilan protein kerana protein sangat diperlukan untuk menjaga nada otot dan pejal.Protein juga menyediakan Kolagen yang sangat diperlukan. Di syorkan tiga hingga empat kali sehari pengambilan makanan yang mengandungi protein Antara makanan yang tinggi protein ialah ikan, telur, ayam dan daging. Namun masalah yang dihadapi ialah apabila makanan ini digoreng dengan minyak biasa, ia akan disertai dengan kolestrol dan ini menyebabkan kekangan yang besar maka oleh kerana ini merupakan antara sebab mengapa ramai yang memilih supplement dalam melengkapkan mana-mana zat dan nutrien yang kurang dalam badan.

    Dengan itu, supplement yang paling sesuai untuk menjaga dan memelihara kecantikan payudara adalah ESP (Energizing Soy Protein). Saya sendiri telah mencubanya..Alhamdulillah..sememangnya sangat membantu, suami pun suka...hehe. Nak tau lebih lanjut tentang ESP, boleh click SINI

    Jom mommies, miliki ESP sementara stok masih ada, sangat sangat hot tau ESP ni..rugi tak cuba, ESP bukan khusus untuk payudara sahaja, malah anda akan dapat banyak kebaikan kesan pengambilan ESP yang konsisten..anda akan dapati kulit anda semakin gebu, cantik dan berseri-seri gitew..manakala tubuh badan anda akan rasa bertenaga dan banyak lagi khasiat.

    Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin
    & jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/mamaharraz
    HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER MAMAHARRAZ TERSAYANG
     





    Search