{ ermilia } Menu

Kesan fibroid terhadap kehamilan

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang berlaku di dalam rahim. Bagi wanita mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merisaukan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 % wanita dalamlingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun, menghidap fibroid.

Fibroid dan kehamilan

Fibroid biasanya terdapat dikalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dikalangan wanita yang sedang hamil. Ada kalanya fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka oleh ibu hamil. Ada fibroid yang boleh menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap  fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga pada aras faktor pertumbuhan yang terdapat di  dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 % wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid ketika hamil. Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan didapati fibroid ini membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrasound dan kebanyakan wanita yang mengahadapi fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Pastinya ramai ibu-ibu akan tertanya,adakah fibroid akan menyebabkan mereka mengalami masalah sepanjang kehamilan.

Apabila wanita hamil megalami fibroid, beberapa masalah mungkin akan berlaku. Antaranya termasuklah risiko keguguran, risiko kelahiran bayi pramatang pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami pendarahan yang banyak selepas melahirkan.

fibroid dan lehamilan
Rawatan fibroid ketika hamil

Bagi wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Selalunya ubat penahan sakit yang diberi adalah dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan sepanjang kehamilan. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui ceaserean, pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan pada waktu yang sama.

Pembedahan akan dilakukan selepas proses melahirkan, sekiranya fibroid merbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi setelah tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.


No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search