{ ermilia } Menu

Panduan Menyusukan Anak Ketika Berpuasa

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.Amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payudara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara.

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ke...tika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting.


No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search