{ ermilia } Menu

Kerap Hamil Boleh Jejaskan Tulang

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memiliki zuriat yang ramai mampu memberikan kebahagiaan dalam rumahtangga. Namun, kehamilan  yang kerap dalam jarak masa yang singkat, turut mengundang risiko kepada ibu-ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari fakulti kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annisa Nuhonni berkata, bayi didalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ini menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding keadaan biasa. Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding biasa"jelasnya. Tambah dr.Annisa lg "Jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen dalam tubuh"

"Estrogen sangat penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terjejas berikutan kekurangan  kalsium" ujarnya lagi.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kalsium, dan mula menyerapnya melalui tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 % kandungan kalsium dalam badan terdapat didalam bahagian gigi dan tulang. Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu dan akhirnya akan mengundang penyakit berkaitan tulang.

Berpantang

"Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru itu diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi, untuk mengekalkan kekuatan tulang. Apabila kurang kalsium, akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamnya yang sudah menopaus"katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti yougurt, keju, dan sayur berdaun hijau sebagai alternatif untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan. 

Sebagai langkah untuk membantu wanita dalam mengekalkan kesihatan tulang, pakar perunding seksual dan kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd Ismail Thambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Selain daripada merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Dr Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu lepas melahirkan. 

"Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. 

"Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma saat melahirkan" katanya

Seseorang wanita itu bukan sahaja memerlukan tempoh berpantang sebelum kembali mengandung, bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. 

Sambil menyebut saranan dalam islam supaya menjarakkan kehamilan dalam masa dua tahun, Dr Ismail menasihati agar pasangan bijak merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.



No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search