{ ermilia } Menu

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda pastinya turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dulu, dan perbualan antara anda dan isteri juga banyak berkisarkan tentang kehamilan dan kelahiran. Saat itu, anda sebagai suami seharusnya memainkan peranan dengan sebaik-baiknya.

Antara perkara yang perlu anda sebagai suami  beri perhatian adalah seperti berikut

Kelas antenatal
Temani isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Yang mana didalam kelas tersebut bakal ibu dan bapa akan diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas melahirkan (tempoh berpantang). Kelas ini juga membolehkan suami berkongsi pengalaman dengan bapa-bapa yang lain.

Berikan sokongan
Sebagai suami anda haruslah peka dengan keperluan isteri dari segi fizikal dan emosi dengan menunjukkan rasa simpati. Bermula daripada hari pertama kehamilan,tubuh isteri mula mengalami sedikt perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badan isteri semakin bertambah menyebabkan isteri rasa tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah seandainya dalam tempoh tersebut isteri cepat marah dan sentiasa moody. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hoormon yang dialaminya. Sokongan dari segi fizikal juga sangat penting contohnya bantu dalam hal - hal kerja rumah tanpa perlu diminta.

Kelahiran
Setiap bayi yang dilahirkan tidak sama. Oleh itu, suami haruslah sentiasa bersedia menyambut kelahiran walauoun ia bukan anak pertama. Ketika dibilik bersalin, anda mestilah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang datang. Tugas utama anda sebagai suami pada ketiku adalah:
  • Memberi sokonga padu terhadap isteri
  • Memegang atau menggenggam erat tangannya bertujuan untuk menenangkannya.
  • Membantu isteri ke tandas.
  • Menyediakan minuman untuknya.
  • Membantu isteri meredakan kesakitan dengan menggosok-gosok belakangnya
  • Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
Air Ketuban Pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula. Apabila kontraksi semakin kerap antara 15-20 minit, bermakna semakin hampir saat isteri anda melahirkan.

Apabila bukaan serviks mencapai 10 cm, bermakna kelahiran akan berlaku bila-bila masa sahaja. Ketika itu, bantulah isteri untuk mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Pada saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Ketika inilah isteri memerlukan sokongan padu dari suami.

Saat bayi dilahirkan,selalunya menjadi saat yang paling bahagia dan yang paling manis dalam hidup. Kegembiraan yang tak terucap, hanya  dengan linangan air mata tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam minda anda sebagai kenangan yang paling terindah untuk yang baru pertama kali bergelar papa.

No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search