{ ermilia } Menu

Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Buat bakal-bakal ibu yang akan melahirkan dan menjalani tempoh  berpantang..pastinya anda tercari-cari tukang urut mahu pun bidan untuk melengkapkan tempoh berpantang anda. Jangan main redah je..kena survey2 jugak ye mommies..Janganlah terlalu ghairah dengan pakej yang  ditawarkan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian agar tidak tertipu atau terpedaya dengan tawaran yang dijanjikan.

1. Pastikan bidan tersebut dicadangkan oleh kawan-kawan yang pernah menggunakan khidmatnya.

2. Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri, seperti kuku tidak panjang, cuci tangan sebelum mengurut dan tidak memakai aksesori yang boleh mengganggu proses urutan.

3. Berpengalaman, dan lebih elok sekiranya mempunyai pendidikan dalam bidang urutan.

4. Pengambilan bidan yang berhampiran kawasan kediaman boleh mengurangkan caj kos pengangkutan.

5. Bagi yang muslim digalakkan bidan yang beragama islam untuk memastikan penjagaan aurat.

6. Pastikan pakej yang diambil di sallon adalah telus, tiada kos tersembunyi. Pastikan apa yang ditawarkan tercatat dalam bil pembayaran.

7. Untuk mengelakkan  daripada ditipu, elakkan membayar deposit pakej yang diambil sebelum membuat temujanji.

Diharapkan tips-tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu mommies memilih tukang urut atau bidan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search