{ ermilia } Menu

Punca Lemah Badan, Cepat Mengantuk, Selalu Letih Serta Tips Cara Mengatasi

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Badan lemah, letih, lesu, cepat mengantuk adalah satu perkara yang normal bagi setiap individu. Dalam keadaan ini, ianya boleh menjejaskan aktiviti seharian kita. Antara punca badan cepat letih dan tidak bertenaga adalah seperti berikut:
  • Tidak cukup tidur -Tidur yang tidak mencukupi boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
  • Tekanan Emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi bukan sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.
  • Kurang darah merah (anemia) - Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
  • Terlalu banyak kafein -Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
  • Dehidrasi -Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
  • Tidak cukup tenaga - Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.   

Untuk mengatasi masalah di atas, anda seharusnya mengambil pemakanan dengan seimbang, pemakanan yang sihat, dan juga senaman. Namun, gaya hidup yang sangat sibuk setiap hari menyukarkan 2 perkara tersebut dilaksanakan secara konsisten. Dengan itu pengambilan supplement sangatlah penting untuk anda melalui hari-hari anda dengan tubuh badan yang sihat dan ceria.


Untuk itu Set A / Set Optimum sangat membantu. Jom kita lihat apa yang terkandung dalam set ini

  • Vitamin B Compleks
  • Vitamin C
  • Vitalea (Multivitamin terbaik dengan zat besi)
Siapa yang sesuai mengambil set ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang menghadapi masalah hemoglobin rendah kerana vitalea menagandungi zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah.
Tak kenal..Maka tak cinta..Dah kenal..baru anda tau keberkesanannya dan terus jatuh cinta..
Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/mamaharraz HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA...
 




No comments:

Post a Comment

Jom Comments...

Search