{ ermilia } Menu

Masker Protein Dengan ESP Shaklee

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Kenapa? Tak percaya....hehe, itulah hebatnya ESP..bukan sebagai minuman kesihatan je, tapi boleh dijadikan masker tau mommies..magic kan??? hehe. Masker Protein ESP semakin glemer nampaknya..Just tepek-tepek je kat muka..pas tu? amboi amboi amboi...lembutnya kulit sayang...hehehe..itu kata suami sayela...Bukan je ESP leh jadi masker, vitamin E dan vitamin C Shaklee pun boleh tau, tapi hari ni nak cite tentang masker ESP je...

Jom jom jom kita wat masker dengan ESP..nak tau caranya?

~ Gunakan secawan yogurt perisa asli sebagai base masker

~ Tambahkan sesudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata
~ Ratakan dikawasan seluruh muka kecuali dikawasan mata
~ Biarkan 10~15 minit sehingga kering 
~ Waktu terbaik, selepas mandi pagi

Apa yang istimewa tentang masker ESP ni? Mommies mesti nak tau kan? ESP boleh diumpamakan seperti putih telur. Kalau ikut petua orang-orang tua, putih telur merupakan antara masker yang terbaik mengikut cara tradisional. Sebabnya telur merupakan sumber protein yang senang didapati dan sesiapa pun mampu milik. Protein mampu melembapkan kulit dan memperbaharui sel-sel kulit, sebab itu masker telur menjadi pilihan ramai. Tapi bila dah tau fungsi ESP..kebanyakannya terus bertukar menjadikan ESP sebagai masker terbaik. So selamat tinggal putih telur..hehe

Kebaikan protein ESP pada wajah

~ menghilangkan kesan jeragat

~ menghilangkan noda hitam bekas jerawat
~ mengatasi wajah yang berminyak
~ mengatasi kulit kering
~ melembapkan dan menghaluskan kulit
~ mengecilkan pori-pori
~ mencerahkan wajah

Dah tau kan apa khasiat masker ESP ni, tapi mesti ada yang tertanya-tanya, apa fungsi yogurt sebagai based masker ESP ni ye? 

~ Membantu melembapkan kulit dan melicinkan kulit
~ Melegakan untuk kulit terbakar

Dah cerita panjang, tak best plak kalau x de testimoni kan? Jom jom share testimoni..




So kepada penggemar ESP sekalian...inilah masanya untuk anda bereksperimen dengan ESP, anda pasti rasa berbeza..dan pada yang baru nak berjinak-jinak dengan ESP, segera hubungi saya yer?


Berminat? Hubungi kami di 013-2301203 / Add FB saya https://www.facebook.com/nurlia.liakamaruddin

& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/mamaharraz


  HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER MAMAHARRAZ TERSAYANG

kredit : iffah anuar


Kerap Hamil Boleh Jejaskan Tulang

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Memiliki zuriat yang ramai mampu memberikan kebahagiaan dalam rumahtangga. Namun, kehamilan  yang kerap dalam jarak masa yang singkat, turut mengundang risiko kepada ibu-ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari fakulti kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annisa Nuhonni berkata, bayi didalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ini menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding keadaan biasa. Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding biasa"jelasnya. Tambah dr.Annisa lg "Jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen dalam tubuh"

"Estrogen sangat penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terjejas berikutan kekurangan  kalsium" ujarnya lagi.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kalsium, dan mula menyerapnya melalui tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 % kandungan kalsium dalam badan terdapat didalam bahagian gigi dan tulang. Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu dan akhirnya akan mengundang penyakit berkaitan tulang.

Berpantang

"Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru itu diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi, untuk mengekalkan kekuatan tulang. Apabila kurang kalsium, akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamnya yang sudah menopaus"katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti yougurt, keju, dan sayur berdaun hijau sebagai alternatif untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan. 

Sebagai langkah untuk membantu wanita dalam mengekalkan kesihatan tulang, pakar perunding seksual dan kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd Ismail Thambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Selain daripada merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Dr Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu lepas melahirkan. 

"Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. 

"Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma saat melahirkan" katanya

Seseorang wanita itu bukan sahaja memerlukan tempoh berpantang sebelum kembali mengandung, bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya. 

Sambil menyebut saranan dalam islam supaya menjarakkan kehamilan dalam masa dua tahun, Dr Ismail menasihati agar pasangan bijak merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.


Fakta menarik tentang penyususan susu ibu yang mungkin anda tak tahu

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Tahukah mommies semua???

* Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) yang berfungsi memakan kuman. 

* Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin  A (igA) yang berfugsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan. 

* Kandungan susu ibu adalah 88 % air. Oleh itu sudah sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.

* Setiap ibu yang menghasilkan susu ibu, khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah terhadap sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebat kan????

* Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali keadaan perubatan memerlukannya.

* Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

* Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun)

* Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran dalam penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

Peranan Suami Ketika Menanti Kelahiran

Rate this Post:

{[['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', ''], ['', '', '']]}

Permalink:

Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda pastinya turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dulu, dan perbualan antara anda dan isteri juga banyak berkisarkan tentang kehamilan dan kelahiran. Saat itu, anda sebagai suami seharusnya memainkan peranan dengan sebaik-baiknya.

Antara perkara yang perlu anda sebagai suami  beri perhatian adalah seperti berikut

Kelas antenatal
Temani isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Yang mana didalam kelas tersebut bakal ibu dan bapa akan diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas melahirkan (tempoh berpantang). Kelas ini juga membolehkan suami berkongsi pengalaman dengan bapa-bapa yang lain.

Berikan sokongan
Sebagai suami anda haruslah peka dengan keperluan isteri dari segi fizikal dan emosi dengan menunjukkan rasa simpati. Bermula daripada hari pertama kehamilan,tubuh isteri mula mengalami sedikt perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badan isteri semakin bertambah menyebabkan isteri rasa tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah seandainya dalam tempoh tersebut isteri cepat marah dan sentiasa moody. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hoormon yang dialaminya. Sokongan dari segi fizikal juga sangat penting contohnya bantu dalam hal - hal kerja rumah tanpa perlu diminta.

Kelahiran
Setiap bayi yang dilahirkan tidak sama. Oleh itu, suami haruslah sentiasa bersedia menyambut kelahiran walauoun ia bukan anak pertama. Ketika dibilik bersalin, anda mestilah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang datang. Tugas utama anda sebagai suami pada ketiku adalah:
  • Memberi sokonga padu terhadap isteri
  • Memegang atau menggenggam erat tangannya bertujuan untuk menenangkannya.
  • Membantu isteri ke tandas.
  • Menyediakan minuman untuknya.
  • Membantu isteri meredakan kesakitan dengan menggosok-gosok belakangnya
  • Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
Air Ketuban Pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula. Apabila kontraksi semakin kerap antara 15-20 minit, bermakna semakin hampir saat isteri anda melahirkan.

Apabila bukaan serviks mencapai 10 cm, bermakna kelahiran akan berlaku bila-bila masa sahaja. Ketika itu, bantulah isteri untuk mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Pada saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Ketika inilah isteri memerlukan sokongan padu dari suami.

Saat bayi dilahirkan,selalunya menjadi saat yang paling bahagia dan yang paling manis dalam hidup. Kegembiraan yang tak terucap, hanya  dengan linangan air mata tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam minda anda sebagai kenangan yang paling terindah untuk yang baru pertama kali bergelar papa.

Search